Data Ekonomi Jerman: Satu Lagi Kejatuhan Teruk

Ekonomi Eropah mengalami satu lagi permulaan sesi yang buruk apabila Data “Industrial Order” Jerman mengalami kejatuhan teruk. Kejatuhan ini memberikan lagi bukti tahap serius krisis ekonomi di Benua Eropah.

Negara Jerman merupakan negara industri terbesar dalam Kesatuan Eropah. Data ekonomi negara ini digunakan sebagai pengukur aras tahap ekonomi Kesatuan Eropah dan selalunya data ini akan dikeluarkan pada jam 2.00 petang waktu Malaysia. Data ‘Factory Order’ (MoM/Mar) menunjukkan bacaan -15.6% berbanding -1.2% pada bulan sebelumnya dan turun -16% berbanding tahun sebelum. Perintah Kawalan Pergerakan (Lockdown) di Jerman dan negara Eropah lain jelas memberi impak kepada rantaian pembekalan dalam sektor industri. Ini memberi kebimbangan kepada pelabur sama ada zon Eropah mampu bangkit semula daripada impak coronavirus dengan pantas ataupun ia akan terus menyebabkan kemelesetan ekonomi berpanjangan kepada zon Eropah.  Sekiranya trend ini berterusan, ia akan memberi kesan kepada matawang EURO yang kini sudah pun dalam keadaan tertekan.

Sentimen jangka pendek untuk Euro masih lagi lemah berbanding dengan US Dollar. EURUSD didagang agak mendatar pada sesi Asisa, tetapi jatuh 20 pips berikutan data yang lemah. Ia kini kembali semula ke paras sebelum penerbitan data. Ia kini didagang di sekitar 1.0830 dan berhampiran paras fibonacci retracement 61.8% (1.0837). Ia juga kini didagang di confluence support pada garisan downtrend. Sekiranya trendline ini dipecahkan. Ia mungkin akan menguji paras support 1.0817 diikuti paras 78.6% fib di 1.0788. Resistant terdekat berada di 50% fib (1.0872) diikuti paras 38.2% fib (1.0906). Indikator MACD menunjukkan bacaan di -0.0015 dengan momentum masih lagi menuju ke bawah.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu