Data NFP: 20 Juta Hilang Pekerjaan Tetapi USD Tidak Banyak Berubah

20 Juta Hilang Pekerjaan

Laporan pekerjaan AS bulan April seperti anggaran pasaran yang data sangat teruk, walaupun data sebenar sedikit baik dari jangkaan. Data sektor buruh adalah seperti yang dijangkakan berdasarkan data tuntutan pengangguran awal, ia dapat dillihat bahawa sector buruh bukan lading (Non-farm payroll) mencatatkan -20.5 juta kerja baharu (yang bermaksud kehilangan kerja) pada bulan April. Manakala kadar pengangguran mencatatkan rekod tertinggi sejak krisis ekonomi 2008-2010 apabila mencatatkan bacaan 14.7% kadar pengganggur.  Impak yang amat besar akibat wabak coronavirus. Kadar gaji jam (average hourly earning) naik ke 4.7% berbanding 0.5% pada bulan sebelum, kenaikan ini adalah disebabkan oleh permintaan tinggi dalam sektor profesional terpilih sahaja.

Walaupun data sektor buruh kali ini adalah sangat dramatik, ianya dijangka tidak memberi kesan terhadap sebarang polisi Bank Rizab Persekutuan AS (Federal Reserve) dalam menentukan polisi mereka. Ini adalah kerana Fed kini dalam fasa pelonggaran maksimum dengan program ‘Quantitative Easing’ (QE) tanpa had.

Berdasarkan keadaaan sektor buruh semasa, adalah amat sukar untuk AS kembali pulih dengan pantas (pemulihan secara lekuk V) daripada impak Covid-19. Polisi matawang dijangka tidak berubah untuk satu tempoh sederhana di mana kadar faedah akan kekal rendah dan program QE kekal berjalan. Polisi fiskal kerajaan pimpinan Trump juga akan menambah peruntukan untuk membantu pemulihan ekonomi.

USD tidak banyak berubah selepas penerbitan data NFP, USD Index hanya naik beberapa mata sahaja dan masih lagi di bawah paras 100. EURUSD, GBPUSD juga tidak banyak berubah pasca penerbitan data NFP. Hanya USDJPY sahaja yang melonjak 30 pips tetapi kini turut menyusut sedikit.  Pasaran telah menjangkakan data yang teruk dan telah ‘price-in’ terhadapa data ini. Data sektor buruh untuk bulan seterusnya dijangka lebih penting kerana ia akan menjadi kayu pengukur terhdapa pemulihan ekonomi AS pasca pelonggaran kawalan pergerakan (Lockdown) akibat wabak Covid-19.

 

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu