GBPJPY Terus Mengukuh Disokong oleh Sentimen Positif Pasaran

Sentimen pasaran yang positif pada sesi Asia membantu pengukuhan GBPJPY pada hari ini. Walaubagaimanapun, pergerakkan harga sedikit terhalang pada paras penting dan menyusut sedikit di awal sesi London.

GBPJPY gagal melepasi paras resistant di 50% fibonacci retracement di 133.05. Ia kini didagang di sekitar 132.60. Paras ini merupakan paras support yang kuat kerana ia adalah kluster support 200 H1-Moving Averages dan juga berhampiran dengan support 38.2 fibonacci retracement (julat harga 132.48-132.60). Support seterusnya di kawasan kluster 50 H1-Moving average dan 23.6 fibonacci retracement di antara julat harga 131.78-131.95.

50% fib retracement (133.15) kini merupakan resistant yang kukuh dan sekiranya harga berjaya menembusi paras tersebut. 133.62 (bersamaan 61.8%) adalah paras harga yang menarik untuk diperhatikan.

Indikator MACD masih lagi menunjukkan momentum yang agak meningkat. Penurunan buat masa sekarang mungkin adalah pergerakan pembetulan dalam trend menaik.

Tiada data ekonomi penting untuk UK dan Jepun pada hari ini.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu