AUDUSD: Bull Terus Mendaki Melepasi 0.6700

AUDUSD melonjak tinggi pada hari pertama bulan Jun. Ia mencatat paras tertinggi sejak 12 Febuari 2020 berikutan arus positif yang dialami oleh pasaran Asia. Data China Caixin Manufacturing PMI dilaporkan positif dan melepasi paras 50, ia diumumkan pada 50.7 berbanding konsesu pasaran 49.6 dan data bulan lepas 49.4. Sentimen ini turut dibantu oleh tiada tindakan oleh Presiden Trump dalam isu Geopolitik Hong Kong-China.


Analisa Teknikal:

  • AUDUSD kini didagang di sekitar 0.6740, paras tertinggi sejak awal Febuari.
  • Paras Support terdekat berada di 78.60% fibo retracement dari trend menurun awal 2020.
  • Ia diikuti paras support di MA200 pada sekitar 0.6666. MA-50 berada jauh di bawah di sekitar 0.6376.
  • Paras resistant terdekat kini berada di paras fibo retracement 88.10% di 0.6843 yang juga kawasan support become resistant (SBR) yang kukuh.
  • Ia diikuti paras resistant seterusnya di 0.6933.
  • Paras tertinggi yang dicatatkan pada 31 disember di 0.7031 adalah resistant yang perlu diberi perhatian sekiranya dakian bull terus menambah momentum.

AUDUSD masih lagi mudah terdedah kepada sebarang risiko perubahan sentimen di pasaran terutama sekali berkenaan dengan isu US-China. Sifatnya yang merupakan matawang komoditi dan kebergantungan kepada eksport ke China menybebakan AUD paling mudah terkesan sekiranya isu US-China kembali meletus.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.