Dow Jones US30: Covid-19 Terus Menjadi Pengacau

Pasaran saham US gagal mengekalkan momentum kenaikan walaupun data NFP penunjukkan pertumbuhan positif. Data NFP menunjukkan kenaikan 33% dengan 4.8 juta pekerjaan baru untuk bulan Jun berbanding 2.7 juta pada bulan Mei. Kadar pengangguran turut menyusut ke 11.1% berbanding 13.3% yang direkodkan pada bulan Mei. Covid-19 terus menjadi duri dalam daging untuk pergerakan bullish US30, sejam selepas data NFP diumumkan, laporan data jangkitan baru harian Covid-19 di Amerika terus meningkat. Ia menyebabkan sentimen berubah kembali suram.

US30 melonjak ke harga tertinggi semalaman selepas pengumuman NFP ke paras 26,204 mata yang merupakan harga tertinggi dalam 6 hari. Tetapi ia merudum semula selepas data harian Covid-19 US dikeluarkan. Ianya ditutup pada harga 25,678 untuk hari Khamis. Paras 200MA D1 terus menjadi resistant yang kukuh dan gagal dipecahkan (pecah dan ditutup atas harga) untuk hari ke 14. Paras resistant seterusnya berada di paras tertinggi 27,613 mata yang dicatatkan pada bulan Jun. Paras support terdekat berada di 25,163 mata yang merupakan paras MA50 D1 diikuti paras support di harga terendah bulan Jun 22,743 mata. Lengkuk bentuk MA50 dan MA200 menunjukkan bahawa pergerakan Dow Jones dijangka mendatar untuk satu tempoh sehingga ianya dapat menembusi salah satu daripada garisan MA ini. Sebarang pecahan akan memungkinkan pergerakan yang laju mengikut pecahan tersebut.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.