GBPJPY: Analisis Teknikal

GBPJPY kekal didagang di zon penting untuk hari ketiga berturut-turut. Ia kini didagang di dalam zon resistant yang kukuh di julat 138.38 – 139.73 (Harga tertinggi Jun 2020). Momentum bull mula menunjukkan kelemahan tetapi masih belum kelihatan sebarang kehadiran penjual di dalam pasangan GBPJPY ini. Sekiranya zon resistant ini berjaya dipecahkan, zon resistant seterusnya berada di 140.90 – 141.60 yang juga merupakan paras support become resistant. Ia diikuti paras resistant pada 144.95 yang merupakan harga tertinggi Febuari 2020. Pergerakan harga juga menunjukkan pecahan daripada garisan trendline menurun dan berada selesa diatas MA-200. Paras support terdekat berada di MA-200 di 137.40 diikuti support MA-50 di 135.60.

RSI-14 kini menunjukkan formasi triangle yang menraik. Ia kini berada di atas zon overbought pada 71. Sebarang pecahan pada pergerakan RSI memberi indikasi bahawa kemungkinan pergerakan drastik akan berlaku.

Tiada data ekonomi penting dari UK dan Jepun dijadualkan pada hari ini dan esok.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.