Berita Boris Johnson dan Donald Trump Menyokong Kebangkitan GBP

GBP/USD menokok lebih 100 pips dari harga terendah pada hari ini dan kini didagang di sekitar 1.2940. Pasangan matawang ini bergerak agresif di awal sesi London di mana perkhabaran bahawa Perdana Menteri UK Boris Johnson akan bertemu dengan Presiden Kesatuan Eropah Ursula von der Leyen pada hari Sabtu 3 Oktober.

Ia merupakan pertemuan yang mendapat perhatian rapi dari para pelabur berikutan rundingan Brexit kini memasuki saat-saat akhir menjelang tarikh akhir yang ditetapkan oleh PM Johnson pada 15 Oktober. Masih belum ada sebarang persetujuan dicapai dan pasaran agak bimbang dengan perkembangan ini.

Berita Presiden Trump positif Covid-19 sedikit mengganggu sentimen pasaran tetapi ianya tidak menghalang GBPUSD terus mengukuh. Perhatian terdekat fokus kepada penerbitan data sektor buruh NFP US pada malam ini. Ia mungkin memberi impak kepada pergerakan GBPUSD.

GBPUSD kini didagang di atas Daily pivot (1.2893) dan menghampiri resistant terdekat di R1 1.2968. Ia juga berhampiran dengan paras tertinggi Khamis 1.2977. Resistant berikutnya berada di R2 1.3052. Support terdekat adalah di Daily Pivot dan 50 H1-MA berhampiran 1.2890. Ia diikuti kawasan kluster support paras terendah Khamis, pivot S1 dan H1-200MA di sekitar 1.2825-1.2800.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.