EURUSD – Analisis Minggu Ini

Kadar inflasi zon Euro menyusut kepada -0.3% untuk bulan September daripada -0.2% bulan sebelumnya dan juga di bawah jangkaan -0.2%. Kadar teras juga menurun kepada 0.2% dari 0.4% dan di bawah jangkaan pasaran 0.5%. Ini memberikan bacaan teras terendah sejak matawang Euro digunakan dan memberi tekanan ke atas ECB untuk mengambil tindakan tambahan untuk menyokong unjuran inflasi. Inin menambahkan spekulasi di pasaran bahawa ECB akan memberi pakej ransangan polisi tambahan.

Di sudut matawang USD pulak, data US non-farm payrolls meningkat sebanyak 661,000 untuk September selepas semakan semula 1.49 juta pada bulan Ogos dan di bawah konsesus jangkaan 850,000. Kadar penggangguran menunjukkan impak positif dengan mencatat kadar terendah pasca Covid-19 7.9% berbanding 8.4% pada Ogos. Keseluruhnnya ia menunjukkan perkembangan sector buruh sedikit perlahan pada bulan Ogos. Pergerakan EURUSD agak terhad selepas penerbitan data NFP berikutan tumpuan utama lebih terarah kepada laporan Presiden Trump positif Covid-19.

Data CFTC EURO menunjukkan sedikit penurunan dalam posisi long Euro, memberi indikasi bahawa para pelabur masih lagi melihat kelemahan USD untuk jangka masa akan datang.

EURUSD mengukuh ke 1.1737 selepas pasaran London dibuka sebentar tadi. Carta D1 menunjukkan pergerakan penurunan jangka pendek dalam descending channel. Ia didagang di sekitar 23.6% Fibonacci retracement. Paras Resistant terdekat berada di 50 daily-MA di 1.1800 dan juga kawasan psikologi big round number. Resistant seterusnya berada di kluster 1.1900. Support terdekat berada di kawasan terendah September 2020 1.1612 dan kawasan support 38.2% Fibonacci retracement 1.1485.  Indikator RSI-14 masih lagi berlegar di kawasan neutral berhampiran bacaan 50. Pergerakan indicator masih lagi belum menunjukkan sebarang breakout daripada downtrend trendline.

 

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.