USDCAD Mencecah Paras Terendah Oktober

Gabenor Bank of Canada Tiff Macklem memberi kenyataan bahawa skala dan kesan global krisis coronavirus jauh lebih besar daripada krisis kewangan 2008. Macklem turut menambah bahawa tahap kerjasama global lebih kuat semasa krisis 2008 daripada sekarang.

Mengulas kepada pandangan dasar bank pusat, Macklen berkata ia bergantung pada bagaimana masalah baru muncul, alat dasar monetari dapat sentiasa dapat dipertingkatkan. Beliau mengulangi bahawa mereka tidak secara aktif membincangkan kadar faedah negatif. Namun, beliau turut mengatakan “jangan pernah mengatakan tidak” mengenai kadar faedah negatif.

CAD terus mengukuh berbanding USD dimana USDCAD turun ke paras terendah bulan Oktober 1.3218 selepas Gabenor Macklem berucap sebentar tadi. Paras 1.3200 menjadi tumpuan seterusnya. MA-200 turut berada di atas sedikit di 1.3215. Resistant terdekat berada di kawasan Support become resistant 1.3241 dan diikuti MA-50 di atas pada 1.3308.  RSI-14 juga kian menghampiri paras oversold.

Data sektor buruh CAD dijadualkan pada Hari Jumaat 8.30 malam dan unjuran pasaaran menunjukkan sektor buruh dijangka bertambah baik. Ia dijangka memberi volatiliti tinggi kepada pergerakan USDCAD.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.