USDCHF – Bear Menguasai Tetapi 0.9000 Kekal Kukuh

USDCHF kekal dalam fasa konsolidasi untuk jangka pendek, didagang di bawah paras Daily MA-50. Namun, dengan perbezaan high dan low yang sangat besar, bear masih lagi menguasai dengan paras support 0.9100 masih lagi bertahan sejak minggu lepas. Sebarang pecahan akan mengaktifkan support harga terendah tahun 2020 di 0.9000 – 0.8981. Bull dilihat akan mempertahankan kawasan ini dengan penuh usaha atau ia akan menekan USDCHF ke paras lebih rendah lagi.

Resistant terdekat dilihat di sekitar 0.9192, berhampiran 23.6% fibonacci resistant. Paras Daily MA-200 berada jauh di atas di 0.9385, agak jauh dari capaian dengan waktu terdekat.

Pergerakan harga sekarang berada di dalam descending channel yang terbentuk sejak September 2020. Daily RSI-14 berada di kawasan neutral di sekitar bacaan 50.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.