XAUUSD: Analisis Menjelang NFP

XAUUSD meneruskan kenaikan jangka pendek sejak awal minggu ini berikutan kelemahan menyeluruh US Dollar. Ia melonjak kembali ke atas paras $1800.

XAUUSD kini didagang dibawah $1840, paras fibonacci retracement 38.2% swing hi-lo November 2020. Sekiranya ia berjaya mengatas paras ini, paras psikologi penting $1850 akan menjadi tumpuan, Zon $1850 – $ 1864 menjadi paras resistant penting di mana ianya terletak di kawasan SBR dan juga paras 50% fibonacci retracement. MA-200 turut menunjukkan pergerakan menghampiri zon tersebut. Sekiranya $1840 kekal bertahan dan bear kembali menguasai pasaran, paras 23.6% fibonacci retracement di $1811 akan diaktifkan sebagai support terdekat. IA juga berhampiran dengan MA-50. RSI-14 menunjukkan kenaikan menghampiri paras overbought.

Dengan data sektor buruh NFP dijangka diumumkan esok, volatiliti Gold dijangka tinggi sehingga akhir minggu ini. Sentimen pasaran dilihat agak positif pada minggu ini.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.