Tahun 2020 merupakan tahun yang baik bagi komoditi-komoditi utama dunia di mana harga kebanyakan komoditi meningkat tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya berikutan kelemahan US Dollar. Silver (XAGUSD) juga antara komoditi yang mendapat manfaat daripada kelemahan Dollar dan permintaan yang tinggi berikutan kebimbangan pandemik Covid-19.
XAGUSD akhirnya berjaya memecahkan daripada pergerakan mendatar yang panjang selama 6 tahun sejak April 2014 sehingga Julai lepas. XAGUSD didagangkan dalam lingkungan $13.61 sehingga $21.12 sepanjang tempoh tersebut. Tetapi pada Julai lepas, ia berjaya menembusi lingkungan mendatar ini dan kekal didagang tinggi sejak itu.
Silver didagang setinggi $29.83 pada Ogos lepas sebelum ia menyusut sedikit dan kini didagang di sekitar $22-$25. Meskipun penurunan agak ketara, ia dilihat sebagai penurunan pembetulan (corrective wave) dan masih didagang di dalam bullish flag pattern. Ia kini cuba menguji paras resistant flag tersebut sekali lagi. XAGUSD bull perlu bekerja keras untuk memecahkan paras resistant flag tersebut. Sekiranya resistant tersebut berjaya diatasi, November high $25.97 akan teraktif sebagai resistant terdekat diikuti $29.81, paras tertinggi 2020. XAGUSD masih selesa didagang di atas Daily MA-200 dan sedikit di atas daily MA-50. Support terdekat berada di December low di $21.94 diikuti support seterusnya di Daily MA-200 di sekitar $20.90.
Terdapat beberapa faktor dijangka mempengaruhi pergerakan harga XAGUSD sehingga akhir tahun. Yang pertama, Mesyuarat FOMC Disember akan menjadi tumpuan berikutan para pelabur ingin melihat unjuran ‘Dot-Plot’ Fed yang mungkin memberi bayangan tarikah paling awal Fed akan menaikkan kadar faedah. Yang kedua, sebarang berita mengenai vaksin juga akan memberikan volatiliti kepada pergerakan harga Silver.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.