USDJPY – Analisis Semasa

USDJPY gagal bertahan di atas 104.00 dan susut semula ke bawah paras tersebut. Ia disebabkan oleh komen Pengerusi Rizab Persekutuan (FED) Jerome Powell. Powell dilihat dovish dalam ucapan beliau semalam di mana beliau berkata:

“Fed perlu berhati-hati ketika memberi komen mengenai program pembelian aset, dan sebarang perubahan polisi adalah masih jauh. Sekiranya Fed bercadang mengubah polisi, mereka akan memaklumkan kepada pasaran terlebih dahulu.”

Pengumuman program stimulus yang dianggarkan bernilai $1.9 Trilion oleh bakal Presiden Joe Biden gagal mencetuskan volatiliti yang diharapkan oleh pelabur dan dagangan USDJPY kekal terhad di bawah 104.00.

USDJPY kini diniaga di bawah paras psikologi 104.00, dengan ia berada di bawah paras resistance Daily MA-50 dan resistant downtrend channel yang terbentuk sejak Jun 2020. Carta intraday (H1) menunjukkan formasi triangle edang terbentuk. Harga kini berlegar di antara H1 MA-50 dan MA-200, indikasi bahawa pergerakan mendatar untuk jangka pendek. Daily pivot berada di 130.84, diikuti R1 di 104.13 dan S1 di 103.49. RSI-14 dilihat berada hampir dengan zon neutral (50).

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.