Gold Melonjak Selepas Mencatat Harga Terendah 7 Minggu

Selepas mencatat harga terendah dalam tempoh 7 minggu pada awal sesi asia di $1810, Gold (XAUUSD) melonjak semula dan kini didagang di atas $1830. Keadaan pasaran yang agak berhati-hati selepas pasaran ekuiti US menyusut pada akhir sesi Jumaat meskipun laporan kewangan suku tahun syarikat yang didagang di NYSE menunjukkan peningkatan. Sentimen pasaran sesi Asia juga agak negatif.

Kluster resistant di antara $1836-$1842 menjadi tumpuan pada sesi Eropah. Kawasan ini merupakan confluence Fibonacci Retracement 38.2% daripada swing low-high tahun 2020. Daily MA-200 pada 1842.50 menjadi tanda aras penting sama ada pantulan ataupun breakout akan berlaku. Daily MA-50 berada di atas di harga $1861. Harga terendah 30 November dan 50% fib retracement pada $1764 merupakan support terdekat.

Dalam analisis harian (H1), berikut adalah paras yang perlu diberikan perhatian. Daily pivot $1835 (support terdekat), MA-50 $1841 (resistant terdekat), Harga terendah Jumaat $1823, S1 Pivot $1814, R1 Pivot $1848 dan harga tertinggi Jumaat $1856.

Sila ambil maklum bahawa pasran US ditutup pada hari Isnin 18 Januari.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.