Johnson & Johnson Melonjak Selepas Laporan Kewangan, Akan Melaporkan Ujian Klinikal Vaksin

Johnson & Johnson (Simbol MT5: #Johnson&Johnson) melaporkan laporan kewangan suku ke empat yang baik dan jauh melepasi anggaran pasaran. Syarikat ini melaporkan pulangan $1.86 sesaham, disokong oleh peningkatan jualan sebanyak $22.48 bilion (+8.3%) meskipun pendapatan menyusut 1.1%.

Dalam laporan analisis HotForex berkenaan pra-penerbitan laporan kewangan Johnson&Johnson, para pelabur masih lagi menantikan keputusan penting ujian klinikal vaksin Koronavirus oleh syarikat ini. Ia menjadi tumpuan berikutan usaha syarikat untuk membangunkan vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan sahaja berbanding vaksin syarikat farmasi utama dunia lain yang memerlukan 2 dos suntikan .

Ketua Pegawai Eksekutif Alex Gorsky dipetik berkata: “Pihak syarikat akan terus membangunkan vaksin Covid-19 dan akan berkongsi keputusan ujian klinikal dalam masa terdekat”.

Berikutan itu, harga saham Johnson&Johnson dibuka tinggi pada $169.92 dan melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah $173.57, ia menyusut semula dan ditutup pada paras $170.41. Momentum bull jelas kelihatan tetapi paras RSI-14 telah melepasi paras zon overbought, ini memberikan kemungkinan tinggi untuk aktiviti pengambilan untung dalam jangka pendek. Fibo expansion 61.8 menjadi support yang penting di $166.45 (berhampiran harga tutup Isnin 25 Jan) manakala Fibo expansion 100 di $184.64 adalah sasaran ‘Bull’ yang seterusnya. Dengan para pelabur mengharapkan berita positif daripada vaksin yang dibangunkan, kemungkinan harga saham Johnson & Johnson terus mengukuh adalah tinggi.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.