FOMC agak Dovish, Tetapi Dollar Kekal Kukuh

Tiada kejutan daripada Jawatankuasa Polisi Matawang Rizab Persekutuan AS (FOMC) dalam mesyuarat polisi Januari, mereka mengekalkan kadar faedah pada paras 0.0-0.25% dengan peruntukan sekurang-kurangnya $120 bilion sebulan dalam program pembelian aset. Jawatankuasa FOMC sekali lagi menegaskan bahawa polisi ini akan kekal sehingga mencapai sasaran tenaga kerja maksimum dalam sektor buruh. Dalam kenyataan FOMC, Fed menegaskan bahawa kadar pemulihan ekonomi adalah sederhana dengan kelemahan masih dapat dilihat dalam sektor yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Pemulihan ekonomi akan terus bergantung kepada perkembangan virus termasuk “kemajuan dalam program vaksin”.

Sehubungan itu, pasangan matawang berkaitan USD agak mendatar dan tidak bertindak balas terhadap keputusan FOMC. USDIndex Futures terus kekal di atas paras 90.00, selesa didagang di sekitar 90.70, manakala EURUSD masih didagang di bawah paras 1.2100, selepas mencatat kejatuhan 0.8% semalam, kenyataan negatif berkenaan Euro oleh ahli majlis ECB Klass Knots pada awal sesi New York jelas memberi impak terhadap EURUSD. GBPUSD pula didagang si sekitar 1.3670, berhampiran dengan paras support MA-200 (H1). Manakala pengukuhan USD membolehkan dagangan harian USDJPY ditutup di atas 104.00 (Rabu) buat kali pertama sejak 12 Januari, ia kini didagang di sekitar paras 104.30.

Data penting hari ini (Khamis): “EU business climate, economic sentiment, industrial sentiment, services sentiment, consumer confidence, Germany CPI, HICP, U.S. building permits, GDP, GDP deflator, core PCE price index, PCE price index, initial jobless claims, continued jobless claims, new home sales.”

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.