Laporan Suku Tahun Keempat AstraZeneca

AstraZeneca (MT5: #AstraZeneca), syarikat gergasi farmaseutikal yang berpangkalan di London, United Kingdom akan mengumumkan laporan prestasi kewangan syarikat untuk suku ke-4 tahun 2020 pada 11 Febuari sebelum pasaran dibuka. Sejak beberapa bulan lepas, tumpuan terarah kepada AstraZeneca berikutan pnegumuman syarikat ini dalam kejayaan ujian klinikal vaksin Covid-19. Meskipun vaksin Covid-19 menjadi tumpuan, para pelabur masih lagi menumpukan laporan prestasi syarikat ini dari perspektif perniagaan yang lebih besar dalam laporan kewangan.

Dalam laporan kewangan sebelum ini, AstraZeneca meramalkan pertumbuhan pendapatan dalam satu digit untuk tahun 2020, di mana konsesus pasaran menjangkakan pendapatan syarikat menokok 7.6% ke $26.38 bilion untuk tahun semasa (sumber: Zacks.com). Dalam laporan suku tahunan, AstraZeneca menunjukkan prestasi bercampur-campur dalam 4 laporan suku tahunan yang lepas, dimana ia 2 kali mengatasi jangkaan dan juga 2 kali gagal menepati konsesus pasaran. Untuk laporan suku tahunan ke-4 2020, Zacks.com menjangkakan konsesus pendapatan sekitar $6.9B dengan pertumbuhan sebanyak 4.74%. Manakala hasil per saham (Earning per share) dijangkakan pada $0.53 berbanding $0.45 pada tahun lepas. Ini memberikan hasil pulangan per saham untuk tahun 2020 pada $1.97 berbanding $1.75 pada tahun sebelum, peningkatan 14.86% dalam pendapatan per saham. Berikutan unjuran laporan kewangan syarikat, Zacks.com meletakkan AstraZeneca dalam kategori ‘Hold’, dengan jangkaan masa panjang harga saham syarikat ini akan mengukuh.Sumber: Nasdaq.com

Sumber: Nasdaq.com

 

Harga saham Astra Zeneca (MT5: #AstraZeneca) kini didagang pada $72.35, menyusut hampir 6% berbanding harga 12 bulan lepas. Saham AstraZeneca mencapai paras terendah dikemuncak panik Covid-19 pada March 2020 di $57.07 sebelum ia pulih semula dan mengukuh mencapai paras tertinggi $101 pada Julai 2020. Walaubagaimanapun, harga saham AstraZeneca terus menyusut selepas itu dan dagangan 10 Febuari ditutup pada $72.35. Paras harga telah melepasi 100 weekly MA serta 61.8% fib retracement dan kini menguji support penting di $71.96. Pecahan paras ini akan memberi momentum jualan dengan paras fib retracement 78.6% di $66.50 menjadi sasaran. Sebarang usaha pemulihan harga harus melepasi kluster 100 weekly-MA dan 61.8% fib di sekitar $74.00.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.