GBP Tersungkur, Fasa Pembetulan Bermula

GBP terus tergelincir ke bawah dengan mencatatkan kejatuhan bawah 1.3950 untuk GBPUSD dan bawah 148.00 untuk pasangan GBPJPY. Sentimen pasaran yang negatif berikutan penjualan bon di US dan kejatuhan saham di pasaran US jelas memberi kesan kepada GBP.

Komentar negatif oleh Gabenor BoE Bailey yang menjangkakan ekonomi suku pertama UK akan mencatat pertumbuhan negatif turut memberi kesan kepada GBP.

Selepas mencatat rekod tertinggi harga sejak 2018 di 1.4240 pada Selasa, GBPUSD jatuh lebih 2% ke 1.3922 pada hari ini. Ia kini didagang di bawah pivot S1 dengan pivot S2 merupakan benteng terdekat di 1.3880. Daily pivot berada di 1.4061 manakala MA200-H1 berada di 1.4000. Bull perlu melepasi paras psikologi 1.4000 untuk kekal relevan dalam tempoh terdekat. Sementara itu, GBPJPY turut menyusut hampir 2% selepas mencatat harga lebih 150.40 semalam (kali terakhir Disember 2019). Ia kini diniagakan di sekitar 147.50 dengan pivot S2 menjadi sasaran seterusnya di 147.28, dengan pivot S3 berada di 146.09. Resistant terdekat berada di pivot S1 dan berhampiran kluster MA200-H1 di harga psikologi 148.00 .

Kejatuhan semalam dan hari ini menamatkan momentum pengukuhan GBP. Ia menandakan permulaan ‘gelombang pembetulan’ (corrective wave) untuk GBP dari kenaikan sejak awal bulan.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.