XAUUSD: Bull Masih Berusaha Mencapai $1900

XAUUSD (Gold) ditutup di atas paras penting Weekly MA-50 dan di atas Descending Channel yang terbentuk sejak Ogos 2020. Ia memberi penunjuk bull kekal menguasai pasaran XAUSUD, keadaan ini sedikit sebanyak disumbang oleh kelemahan berterusan mata wang USD. Penyusutan kadar pulangan bon (Bond yield) perbendaharaan US jelas memberi sokongan kepada pengukuhan harga Gold. Bull kekal dalam sasaran untuk mencapai paras psikologi $1900 dalam masa terdekat.

Meskipun ura-ura bahawa Federal Reserve akan mengurangkan program stimulus kecemasan mereka (Tapering) lebih cepat daripada rancangan berikutan kadar inflasi yang tinggi.  Ia jelas tidak memberi kesan kepada Gold, sebaliknya ia menjadi pemangkin untuk gold mengukuh pada minggu lepas. Para pelabur terus kekal dalam keadaan ‘risk apetite’. Kebimbangan pelabur dalam sektor komoditi di mana kerajaan China mengugut mereka akan bertindak lebih keras dalam aktiviti manipulasi juga menyebabkan para pelabur beralih kepada dagangan gold.

Secara teknikal Gold masih lagi terletak diantara paras sokongan penting $1859 (23.6% fibo retracement) dan paras psikologi resistant $1900. Sekiranya $1900 dipecahkan Bull, paras tertinggi tahun 2021 $1959 akan menjadi sasaran seterusnya. MA-50 weekly $1846 merupakan support terdekat sekiranya $1859 gagal bertahan.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.