EURUSD: NFP dan Perbincangan FED Tapering Mempengaruhi Pasaran

EURUSD sedikit tertekan pada minggu ini di awal bulan Jun 2021 setelah menikmati kenaikan yang besar pada bulan April dan Mei 2021. Para pelabur jelas agak berdebar menantikan data NFP yang akan diterbitkan Jumaat, konsesus semasa menunjukkan kenaikan bilangan pekerjaan baru yang dicipta pada bulan Mei 2021. Selain itu data Khamis ISM Service PMI dan data ADP juga akan diperhatikan secara rapat oleh pelabur.

“Mungkin ini masa untuk berfikir mengenai mengetatkan polisi (Tapering)”

Pasaran turut sedikit bergegar dengan komen President Fed Philadelphia Patrick Harker yang berkata bahawa inilah masa untuk berfikir mengenai mengetatkan polisi (tapering). Beliau menyertai rakan sejawat di Fed Dallas Robert Kaplan dalam gesaan untuk mula mengurangkan suntikan dana $120 billion ke dalam pasaran setiap bulan. Kenyataan Harper ini menyokong pengukuhan US Dollar di mana USD mengukuh semalaman. Selain itu, data terbitan Beige Book juga menunjukkan bahawa tekanan harga semakin meningkat.

EURUSD terus didagang sedikit tertekan pada minggu ini, turun dari paras tertinggi 1.2254 dan menguji paras terendah 1.2163 sebelum naik semula. Ia masih lagi diniagakan di bawah paras 50-MA H4 dan di sekitar paras weekly pivot 1.2196. Weekly pivot R1 berada di 1.2261 merupakan resistant terdekat berhampiran paras tertinggi minggu lepas 1.2265. Manakala kluster sokongan terdekat menunjukkan pergerakan confluence apabila paras mula seiring di mana support berada di antara paras terendah minggu lepas dan MA-200 H4 1.2132 – 1.2126. Pivot weekly S1 juga berada di paras hampir sama 1.2127.

Apa yang pasti, data NFP akan digunakan oleh pelabur menjadi pemangkin arah tuju EURUSD sehingga mesyuarat polisi ECB pada 10 Jun dan FOMC pada 16 Jun.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.