Euro: Tenang Sebelum Ribut ECB

Namun begitu, keadaan mungkin akan berubah pada hari Khamis berikutan para pelabur menunggu keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Kesatuan Eropah (ECB) dan ia mungkin memberikan volatiliti kepada EURGBP. Sejak sebulan yang lalu, ahli-ahli majlis ECB telah memberikan penunjuk bahawa mereka mungkin akan menilai semula polisi dan unjuran ekonomi Eropah. Para penganalisis menjangkakan bahawa pada mesyuarat kali ini, ECB akan cuba mengelak daripada memberi sebarang kenyataan yang menjurus kepada ‘Tapering’. ECB dijangka akan mengekalkan unjuran perkembangan ekonomi tetapi akan menyemak lebih tinggi unjuran inflasi. Ia berikutan kadar inflasi di seluruh dunia termasuk zon Euro yang semakin panas yang disebabkan kenaikan harga komoditi, dan rantaian bekalan masih belum pulih sepenuhnya.

Kadar faedah masih lagi akan kekal tidak berubah dan ECB dijangka akan memberi komunikasi selamat dengan menyatakan bahawa momentum pemulihan ekonomi semakin baik berikutan program vaksinasi tetapi risiko masih ada di masa hadapan. Presiden ECB Christine Lagarde turut dijangka akan memberi kenyataan neutral dalam sidang media yang akan diadakan sejurus selepas penerbitan keputusan mesyuarat polisi ECB. Langkah ECB ini dijangka memberi ruang kepada EURO untuk mengukuh sementara untuk jangka pendek.

Pasangan matawang EURGBP bergerak mendatar dan di dalam julat yang kecil sejak bulan Mei 2021 berikutan keseimbangan kekuatan di antara kedua-dua matawang EURO dan GBP. Sentimen kelemahan USD jelas menyokong pengukuhan EURO dan GBP, dan ia menyebabkan pergerakan mendatar di dalam pasangan bersilang EURGBP.

EURGBP dilihat didagangkan mendatar dan ia didagang dalam julat kecil di antara 0.8560-0.8650 sejak Mei lepas. Ia masih lagi didagang di bawah paras 50-MA D1 sepanjang bulan Jun ini. Sekiranya para pelabur melihat keputusan ECB dalam mesyuarat kali ini sesuatu yang positif, EURGBP mempunyai peluang untuk didagang di atas MA-50 dan menyasarkan pasar harga 0.8716 yang merupakan paras tertinggi April 2021. Sekiranya para pelabur kurang senang dengan keputusan dan kenyataan ECB, EURGBP mungkin akan mengalami tekanan dengan menyasarkan paras support terdekat di 0.8565. Pergerakan RSI-14 juga menunjukkan formasi triangle terbentuk dan ia memberi kemungkinan yang besar bahawa satu pergerakan besar akan terjadi dalam masa terdekat. Dengan Bank of England hanya akan mengadakan mesyuarat polisi mereka pada 24 Jun 2021. Ia mungkin memberi kesempatan sementara untuk Euro mempengaruhi pergerakan EURGBP berbanding pound.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.