Bear Menguji NZDUSD di 0.7000

Sentimen pasaran yang agak bercampur berikutan kebimbangan yang semakin meningkat berkenaan Varian Delta Covid-19. Varian ini kini menjadi punca utama gelombang baru jangkitan hampir semua negara di seluruh dunia. Para pemerhati pasaran menjangkakan perkembangan ekonomi akan terjejas akibat daripada varian Delta ini. Sentimen yang kurang baik ini jelas memberi kesan kepada matawang-matawang utama yang berkait dengan komoditi seperti NZD, AUD dan CAD.

NZDUSD kembali menguji paras psikologi penting 0.7000 berikutan sentimen yang bercampur dan pengukuhan semula USD. Ia sekaligus merencatkan momentum kenaikan selama 2 hari yang dicatatkan pada minggu ini. Data Initial Jobless Claim US yang baik memberi sokongan kepada USD meskipun dan kelemahan USD selepas penerbitan data CPI US kini dilihat hanya bersifat sementara. NZDUSD menyusut dai paras tertinggi minggu ini 0.7061 dan kini menguji kawasan psikologi 0.7000. Bear dilihat cuba mendapatkan kembali kekuatan untut terus menekan NZDUSD ke support terdekat di 23.6% fib retracement di 0.6984. Pecahan ke bawah akan mengaktiffkan suppot di paras terendah Julai di 0.6880. Resistant terdekat kini di 0.7061 yang juga berhampiran dengan kawasan MA-200 daily. MA-50 dan MA-200 dilihat telah membuat death cross pada carta harian dan ia memungkinkan penurunan akan bermula. RSI-14 masih lagi dilihat berada di paras neutral berhampiran dengan bacaan 50.

Dalam carta intraday. NZDUSD kini merosot selepas kenaikan pasca CPI US. Paras support intraday kini berada di 0.6990 diikuti di 0.6967. Bull perlu memastikan harga kekal di atas MA-50 dan MA-200 yang mendatar di sekitar 0.7020. dengan paras tertinggi minggu ini di 0.7060 menjadi sasaran resittant terdekat.

NZDUSD adalah matawang yang menarik pada minggu ini dan minggu hadapan di mana RBNZ akan mengadakan mesyuarat polisi pada Rabu 18 Ogos dan para pelabur menjangkakan RBNZ akan menjadi bank pusat utama yang menaikkan kadar faedah.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.