AUDJPY Mencatat Harga Terendah 2021, Mangsa Terbesar Covid-19?

AUDJPY mencatat kejatuhan buat hari ke enam berturut-turut. Menyusut dari paras tertinggi 11 Ogos di 81.57 dan kini terperosok ke paras terbawah tahun 2021 di 78.23. Penurunan besar lebih 4% sepanjang 6 hari ini.

Sentimen pasaran yang risk-off berikutan sebaran varian Delta Covid-19 menyebabkan permintaan terhadap matawang safe-haven melonjak dan matawang komoditi mengalami tekanan besar. Australia mengalami lonjakan kes yang agak tinggi dan hari terburuk sejak permulaan pandemik di mana beberapa negeri terpaksa melanjutkan perintah kawalan pergerakan untuk mengawal penularan varian Delta. Perkembangan sama di China turut menyebabkan AUD tertekan di mana aktiviti dan perkembangan ekonomi China turut dijangka akan sedikit merosot berikutan Covid-19, ia menyebabkan harga komoditi semakin menyusut.

Carta harian AUDJPY telah berjaya memecahkan paras support penting di FIB 23.6% pada 79.70 dan ia memberi ruang buat bear terus menekan harga ke bawah dan kini didagang di 78.45 berhampiran dengan kawasan RBS penting. Carta intraday menunjukkan ia kini dalam fasa konsolidasi di atas sedikit dari harga terendah 78.23. Dengan resistant terdekat berada di 79.22 yang juga berhampiran MA-50 (H1). Manakala resistant seterusnya berada di 79.76. Paras support terdekat kini berada di paras terendah 21 Disember 2021 di 77.45.  RSI-14 kini naik sedikit selepas melepasi paras oversold di awal sesi New York pada Khamis. Kenaikan dilihat agak terhad pada ketika ini berikutan pengukuhan JPY. Sekiranya sentimen risk-off berterusan pada Jumaat, AUDJPY dijangka akan mencetak paras terendah baru untuk tahun 2021.

Apa yang menjadi persoalan adalah sampai bilakah sentimen suram ini akan berterusan dan sejauh AUDJPY akan menyusut?

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.