GBPUSD gagal bertahan di paras tertinggi apabila terus menunjukkan penurunan pasca NFP. Selepas mencatatkan kenaikan memberangsangkan pada minggu lepas sehingga hampir mencecah paras 1.3900 berikutan kelemahan USD, GBPUSD mengalami tekanan minggu ini apabila jatuh 150 pips ke paras terendah minggu ini di 1.3749. Pelbagai kombinasi faktor menyebabkan penurunan ini.
Faktor utama adalah pengukuhan semula USD berikutan kenaikan hasil yield 10 tahun perbendaharaan US. Mood pasaran yang agak suram meskipun tanpa pemangkin yang jelas juga meningkatkan permintaan terhadap USD. Meskipun kebimbangan tinggi terhadap ancaman varian Delta Covid-19 ke atas pemulihan ekonomi UK, faktor rantaian pembekalan yang terjejas akibat Brexit lebih memberi kesan kepada kelemahan GBP. Kenaikan kos bahan dan kekurangan tenaga kerja terutamanya dalam sektor pembinaan dibimbangi memberi kesan terhadap ekonomi UK menjelang musim sejuk. Pejabat Statistik Kebangsaan UK pada Ogos menunjukkan pemulihan ekonomi UK semakin hilang momentum dan data-data penunjuk ekonomi utama dijangka menunjukkan bacaan mendatar atau menurun. Dengan penunjuk ekonomi menunjukkan ekonomi US mencatatkan pemulihan yang lebih baik daripada ekonomi UK, ia akan memberi kesan terhadap permintaan terhadap GBP dalam jangka masa pendek dan sederhana.
Selain itu, Parlimen Britain kembali bersidang dan kerajaan akan menetapkan rancangannya untuk mereformasi sistem penjagaan sosial di England, dengan meningkatkan Insurans Nasional sekitar 1.25%. Cadangan ini telah dikritik secara meluas oleh banyak pihak di kedua-dua belah pihak parti kerajaan dan pembangkang, menambah tekanan pada Sterling dan UK100.
GBPUSD menyusut dari paras tertinggi minggu lepas 1.3890 dan mencatatkan paras terendah 1.3749 sebelum sedikit naik keparas semasa 1.3775. Dengan paras pivot weekly S1 di 1.3766 menjadi paras sokongan terdekat. MA-50 & MA-200 H4 masih berada di atas paras harga semasa, ia menjadi resistant dinamik yang penting untuk membataskan kenaikan GBPUSD. Pivot weekly berada di 1.3828. Paras terendah minggu lepas di 1.3730 adalah support terdekat sekiranya Pivot S1 gagal bertahan. Bacaan RSI-14 masih berada di bawah paras 50, menunjukkan bahawa momentum penurunan masih lagi menguasai pasaran. Tetapi tanda-tanda pembentukan bullish divergence sudah mula terbentuk buat masa ini.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.