XAUUSD Terendah Di Bulan September

XAUUSD terus menunjukkan tekanan ke bawah dan kini mencatatkan harga terendah sejak 12 Ogos 2021 di $1742 di sesi Asia sebelum naik sedikit ke $1750 menjelang tengahari. Bear jelas menguasai pasaran apabila keadaan sentimen yang agak negatif berikutan sikap berhati-hati pelabur menjelang mesyuarat FOMC yang bermula pada hari Selasa dan kebimbangan mengenai krisis kecairan syarikat gergasi dari China iaitu Syarikat Evergrande. Saham Evergrande dilaporkan jatuh sebanyak 14% di awal sesi dagangan pada pagi ini.

Harga XAUUSD jatuh sehingga $1742 tetapi kembali melonjak berikutan sokongan kukuh di pivot S1 di $1744. Kawasan ini juga merupakan paras support penting fibonacci retracement 61.8% daripada swing low-high harga emas dari Ogos ke September 2021. Dengan daily pivot point berada di $1755. Trend pergerakan harga masih menunjukkan cerun menurun sejak dari Selasa minggu lepas di mana kenaikan dijangka terhad di mana kombinasi kluster resistant yang kukuh di julat $1760- $1764.  pivot R1 berada di $1764 yang juga berhampiran dengan resistant dinamik MA-50. Sementara itu paras fibonacci retracement 50%  berada di $1761.

Dengan tumpuan para pelabur terarah kepada keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis, yang mana pasaran menjangkakan FED akan memaklumkan kepada pasaran mengenai rancangan  tapering mereka. Harga XAUUSD dijangka akan sangat volatile dan pasaran lain turut akan bergelora.

 

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Education Office Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.