Kebanyakan pasangan matawang mengalami kejatuhan besar dan terus tertekan berikutan pengukuhan USD secara besar-besaran semalaman. Sentimen pasaran yang terus menyokong USD selepas mesyuarat FOMC minggu lepas yang Hawkish dan jangkaan program Tapering yang pantas (jangkaan pasaran ialah 6 bulan) diikuti unjuran kenaikan kadar faedah pada 2022.
EURUSD terus didagang di bawah paras 1.1700, Ia kini berada di daily pivot point di 1.1684 tetapi sedikit mendatar di sesi Asia dengan sasaran harga terendah 2021 di 1.1663 menjadi tumpuan. Ia berhampiran dengan pivot S1 di 1.1665 dan sekiranya kawasan ini gagal bertahan, pivot S2 di 1.1649 menjadi pertaruhan terakhir untuk bull bertahan. Resistant terhampir berada di pivot R1 di 1.1700. yang juga paras tertinggi semalam.
GBPUSD menjadi mangsa terbesar pengukuhan USD apabila jatuh lebih 1% pada hari Selasa. Ia jatuh serendah 1.3520 semalam, paras terendah sejak Januari 2021. Kombinasi pengukuhan USD dan sentimen domestik di UK di mana krisis tenaga memberi tekanan kepada kerajaan. Kejatuhan besar dari atas 1.3700 ke hampir 1.3520 jelas memberi tekanan kepada GBP dan pergerakan harga GBPUSD kini agak tenang di sesi Asia tetapi jangkaan volatiliti akan meningkat apabila pasaran London dibuka. Sekiranya GBPUSD terus tersungkur, pivot S1 akan menjadi pertahanan terdekat di 1.3460 diikuti harga terendah Januari 2021 di 1.3450. Pivot point di 1.3588 akan menjadi sasaran realistik untuk Bull kekal bertahan.
Pengerusi FED Jerome Powell akan memberi taklimat terhadap jawatankuasa Bank Senat pada malam ini, sebarang kenyataan beliau berkaitan ekonomi dan polisi matawang dijangka akan menjadi pemangkin pergerakan pasaran seterusnya.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.