Laporan Kewangan Suku Ke-3 UnitedHealth Group Dijangka Mengukuh

UnitedHealth Group (UNH) yang didagangkan di Bursa Saham New York adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan dalam setiap orang menjalani kehidupan yang lebih sihat dan membantu menjadikan sistem kesihatan berfungsi dengan lebih baik. UnitedHealth Group menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang luas melalui dua platform berbeza iaitu: UnitedHealthcare, yang menyediakan perkhidmatan perlindungan dan faedah kesihatan; dan Optum, yang menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat dalam kesihatan. UNH akan melaporkan laporan kewangan suku ke-3 pada 14 Oktober 2021, Khamis sebelum pasaran dibuka

Dalam laporan pendapatan Q2 yang diterbitkan pada Julai lepas, UNH melaporkan pertumbuhan yang kukuh dan lebih diversiti di syarikat Optum dan UnitedHealthcare. Pemulihan ekonomi dan peningkatan permintaan terhadap penjagaan kesihatan menunjukkan pemulihan yang memberangsangkan pada tahun 2021 selepas ia mengalami penurunan permintaan sewaktu sekatan pergerakan ketika awal pandemik Covid-19. UNH melaporkan pendapatan meningkat 15% kepada $71.30 bilion.  Pulangan per saham (EPS) pada suku ke-2 dilaporkan pada $4.70 (berbanding unjuran $4.43). Secara keseluruhannya, UNH melaporkan hasil jualan dan EPS yang konsisten dan melepasi unjuran penganalisis sejak empat laporan suku tahun yang lepas dan ia dijangka akan sekali lagi melaporkan keputusan kewangan yang positif untuk suku ketiga.

Penganalisis pasaran di Zacks mengunjurkan syarikat UNH antara syarikat yang kekal berpotensi untuk mengekalkan pertumbuhan dan laporan kewangan yang memberangsangkan pada suku ke-3 berikutan sejarah UNH yang konsisten melepasi unjuran penganalisis pasaran. Berdasarkan unjuran daripada CNN Business, unjuran konsesus penganalisis UNH dijangka akan melaporkan pendapatan jualan sebanyak $71.3 bilion pada suku ke-3, tidak berubah berbanding suku ke-2. Manakala EPS pula secara konsesus dijangka dilaporkan pada $4.41, susut sedikit sebanyak -6.9% berbanding suku sebelumnya. Dengan unjuran EPS tahunan untuk 2021 dijangka pada $18.75, naik dari $16.88 pada tahun 2020 (peningkatan 11.09%).

SUMBER: CNN Business

Analisis teknikal #UnitedHealth (MT5)

Saham #UnitedHealth menunjukkan kenaikan memberangsangkan pada tahu 2021 di mana ia mencatatkan paras harga tertinggi dalam sejarah di 431.36, kenaikan 35% daripada harga terendah 2021 pada Januari di 320.00. Kenaikan ini seiring dengan kenaikan bursa utama US iaitu US30 dan US500 yang turut mencatatkan kenaikan. Namun kini ia susut sedikit dan kini berada di 402.97, sedikit di bawah MA50 harian. Paras 382.88 merupakan support terdekat (Oct 1 low).

Unjuran CNN Business meletakkan saham #UnitedHealth dijangka meningkat untuk 12 bulan mendatang dengan harga median di 465.00, unjuran tertinggi adalah 522.00 manakala unjuran rendah 421.00. 23 penganalisis meletakkan saham dalam kategori rating BUY dengan hanya seorang meletakkan saham ini “underperform”.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.