British Pound GBPUSD terus menunjukkan pemulihan positif selepas mencatatkan kejatuhan besar pada bulan September 2021. Ia kembali mencapai paras psikologi 1.37000 pada hari ini dan masih menunjukkan pengukuhan positif.
Setelah GBPUSD mengalami kejatuhan besar pada September 2021 sehingga mencapai paras terendah 2021 di 1.3410, Ia kini mencapai pemulihan dan mencatat setinggi 1.3733 sebelum susut sedikit. GBPUSD dilihat cuba menguji semula paras kluster resistant di 50-MA harian dan fibo 61.8% tetapi masih belum berjaya melepasi. Untuk Bull kekal relevan, ia perlu ditutup melepasi paras 61.8% fibo di 1.3720 dengan sasaran seterusnya di 76.8% fibo di 1.3795. Paras tertinggi September di 1.3912 agak jauh digapai buat masa terdekat ini dengan paras 200-MA di sekitar 1.3850 merupakan sasaran lebih realistik. Walaubagaimanapun, GBPUSD masih terdedah kepada ancaman ke bawah dengan Paras 50% fibo retracement di 1.3661 merupakan benteng terdekat diikuti 1.3602 adalah support seterusnya.
Beberapa faktor mempengaruhi pengukuhan GBPUSD, ura-ura di pasaran yang mengunjurkan BoE akan menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat berikutan risiko inflasi yang tinggi dan kelemahan USD berikutan penurunan kadar yield bon US membantu kenaikan GBPUSD. Ditambah dengan cadangan Kesatuan Eropah untuk memudahkan pergerakan bekalan dagangan ke Ireland Utara dari UK memberi sinar baru kepada isu dagangan UK-EU yang agak tegang. Tetapi risiko tekanan GBP juga harus dipantau di mana USD berpotensi menjadi lebih kukuh sekiranya kadar yield bon 10 tahun terus mencatatkan kenaikan dan yield 10 tahun kini menunjukkan kemampuan kukuh untuk kekal didagang di atas paras 1.50%.
Dengan pasaran kini sedang menyusun semula portfolio pegangan mereka menjelang mesyuarat FOMC pada awal bulan November. GBPUSD dijangka menjadi pasangan matawang yang menarik untuk dipantau dengan lebih dekat.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.