Tatkala kebanyakan pedagang terarah kepada kelemahan matawang utama seperti Euro, Pound Sterling dan Yen berbanding US Dollar pada tahun 2021, Canada Dollar merupakan satu-satunya matawang G8 yang kekal kukuh berbanding US Dollar. Kombinasi pemulihan ekonomi domestik yang positif pasca Covid-19 di Kanada dan kenaikan harga komoditi ke paras tertinggi sejak 2015 membantu pengukuhan CAD secara keseluruhan.
Bank of Canada (BoC) menjadi bank pusat utama yang pertama yang mengurangkan kuantiti QE pada April lepas daripada C$4 bilion kepada C$3 bilion, diikuti pengurangan kali kedua pada Julai kepada C$2bilion. Keadaan ekonomi semasa Kanada kini di dalam keadaan yang baik di mana kadar pengangguran telah menurun kepada 6.9% pada bulan September diikuti 157 ribu pekerjaan baru untuk bulan yang sama. Inflasi pula kini berada di tahap tinggi 4.4% (CPI y/y)naik dari 4.1%, ia jauh lebih tinggi dari unjuran 2.0% BoC tetapi BoC telah menegaskan keadaan tinggi inflasi ini adalah bersifat sementara dan akan menyusut semula dalam jangka masa akan datang. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kanada turut mencatatkan prestasi baik untuk tahun 2021 meskipun sedikit susut -0.3% pada laporan suku ke-2, tetapi unjuran untuk suku ke-3 dijangka positif pada selepas laporan KDNK bulanan (MoM) untuk Ogos dilaporkan berkembang pada 0.7%. Unjuran KDNK untuk tahun 2021 kini diletakkan pada 6%.
Faktor intermarket juga mempengaruhi pengukuhan CAD di mana WTI Oil (US Oil) telah mengukuh dan mencatatkan harga tertinggi sejak 2014. Kenaikan permintaan pasca Covid-19 dan kawalan pengeluaran oleh pengeluar minyak akhirnya berjaya mengimbangi permintaan-penawaran dalam komoditi ini. Harga terkini USOil berada di atas $81 dan harga minyak dijangka akan mengukuh lagi dalam waktu terdekat.
Berikutan itu, para penganalisis kini menjangka BoC akan sekali lagi memotong peruntukan QE kepada C$1 bilion pada mesyuarat polisi pada 27 Oktober 2021. Para pelabur kini akan melihat unjuran dan intonasi BoC pada mesyuarat polisi minggu hadapan mengenai tarikh terdekat BoC akan menaikkan kadar faedah. ING melaporkan bahawa kemungkinan QE akan ditamatkan oleh BoC pada Disember ini.
ANALISIS TEKNIKAL USDCAD
USDCAD agak volatile pada tahun 2021 di mana ia mencatatkan harga terendah sejak 2015 di 1.2006 sebelum melonjak semula ke 1.2948 dan kini kembali susut dan didagang di bawah 1.2400. USDCAD telah menunjukkan trend penurunan sejak Q2 2021. Harga dagangan terkini berada di sekitar 1.2350. Carta mingguan USDCAD menunjukkan USDCAD gagal bertahan di 23.6% fibonacci retracement dan gagal juga melepas paras weekly MA-50. Data RSI-14 masih menunjukkan momentum menurun dengan bacaan pada 43. Manakala indikator MACD menunjukkan momentum mendatar dengan signal line masih lagi sedikit di atas paras 0 manakala histogram bawah baru mula terbentuk.
Dalam carta harian, USDCAD menunjukkan formasi double top telah terbentuk dan neckline telah berjaya dipecahkan. Fibonacci extension menunjukkan bahawa sasaran FE 127.2 telah dicapai dan paras itu merupakan paras support terdekat buat masa sekarang di 1.2296. Pemecahan paras support penting ini akan mengaktifkan sasaran FE161.8 di 1.2133. Sebaliknya, paras MA-200 harian dan juga paras neckline double top berhampiran 1.2500 adalah resistant terdekat untuk Bull menguji. RSI-14 telah menaik sedikit selepas menyentuh paras oversold 30 beberapa hari lepas dan kini berada di bacaan 34. Ia menunjukkan bahawa momentum bearish masih lagi menguasai pasaran. MACD signal line berada jauh di bawah dan histogram MACD telah menunjukkan ia telah mencapai tahap minimum. Memberi kemungkinan retracement akan berlaku dalam waktu terdekat.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.