VISA: Laporan Kewangan Dijangka Kekal Cemerlang

Visa, syarikat perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat. Ia menawarkan produk pemindahan dana elektronik seluruh dunia melalui kad kredit, kad debit dan kad prabayar. Pesaing-pesaing utama Visa dalam sektor perkhidmatan kewangan adalah seperti American Express, Mastercard, Union Pay. Visa setakat ini mendominasi bilangan kad digunakan dan transaksi rangkaian kad kredit Amerika Syarikat. Visa akan mengumumkan laporan kewangan suku ke-4 berakhir September 2021 pada 26 Oktober 2021 (Selasa) selepas pasaran ditutup.

Tatkala kebanyakan syarikat bergelut berikutan pandemik Covid-19, Visa dilihat tidak begitu teruk terjejas dengan jualan tahunan pada tahun fiskal 2020 dilaporkan pada $21.2 bilion hanya susut sedikit dari $23.0 bilion pada tahun fiskal 2019. Pada tahun 2021, Visa terus melaporkan laporan kewangan yang memberangsangkan pada 3 suku pertama  di mana ia mencatatkan laporan jualan dan pendapatan sesaham  yang melangkaui unjuran pasaran. Dalam kenyataan ketika mengumumkan laporan kewangan Julai lepas, CEO Visa Alfred Kelly dipetik berkata bahawa pembukaan semula sektor ekonomi dan pelonggaran sekatan pergerakan membantu peningkatan pendapatan Visa.

Selain itu, Visa terus berinovasi dalam bidang perkhidmatan kewangan dengan menerokai cabang baru dalam Fintech dan matawang kripto. Pada 7 Julai lepas, Visa melaporkan pengguna  berbelanja menggunakan matawang kripto bernilai lebih $1 bilion dalam membeli barangan dan servis pada separuh pertama 2021 dan jumlah ini dijangka bertambah pada separuh kedua 2021. Walaubagaimanapun, Visa masih lagi agak bergelut untuk memecah masuk ke dalam pasaran negara-negara yang sedang membangun (emerging market).

Sumber: https://money.cnn.com/quote/forecast/forecast.html?symb=V

Untuk laporan suku ke-4, penganalisis pasaran Zacks mengunjurkan hasil jualan Visa pada $6.48 bilion, kenaikan 27.07% berbanding suku sama pada tahun lepas. Manakala pendapatan sesaham (EPS) dijangka pada $1.53 sesaham, kenaikan 36.61% berbanding suku sama tahun lepas. Berdasarkan laporan 3 suku yang sebelum ini, Visa dijangka akan terus mencatatkan laporan kewangan yang menjangkaui unjuran pasaran pada suku ini juga.

Saham Visa (MT5: #Visa) menunjukkan pemulihan pasca Covid-19, seiring dengan kenaikan dalam Dow Jones (US30) dan S&P500 (US500). Ia mencatatkan harga tertinggi dalam sejarah pada Julai lepas di $252.63 sebelum kembali susur sedikit dan kini diniagakan pada $231.13 (Harga penutup Jumaat 23 Oct). Ia kini berada di atas MA-50 weekly yang menjadi support terdekat berhampiran 23.6% fibo retracement di $224.60.

Dalam carta harian, $216.94 (September low) menjadi sokongan terdekat sekiranya #Visa terus menyusut diikuti paras fibo retracement 38.2% di $207.25. $233.40 adalah resistance terhampir dan juga berhampiran Top BB, ia adalah harga tertinggi dicatat pada bulan Oktober. RSI-14  berada di kawasan neutral sekitar 50 manakala signal line MACD harian turut berada berhampiran dengan bacaan 0 dan histogram menaik mula terbentuk. Berdasarkan pergerakan cadnlestick harian sejak September, harga #Visa kini dilihat dalam julat mendatar seperti dilihat dalam keadaan Bollinger Band yang mendatar.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.