FOMC: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Pasaran kini berdebar menantikan keputusan mesyuarat polisi FOMC untuk bulan November yang akan diumumkan pada awal pagi Khamis waktu Malaysia. Tumpuan kini terarah kepada impak polisi FED kepada matawang USD dan matawang utama dunia yang lain. Dengan kadar inflasi semasa yang tinggi, tetapi kadar GDP yang agak tersasar pada minggu lepas memberikan sedikit tekanan kepada FED, keadaan ekonomi semasa di US adalah baik tetapi kini ia berdepan tekanan kekurangan bekalan dan risiko pemulihan yang rapuh. Pasaran melihat FED akan menyertai Bank-bank pusat utama yang lain yang mula menyemak semula polisi mereka berikutan pemulihan ekonomi pasca Covid-19 seperti BoC yang menamatkan program QE-nya, atau RBNZ yang menaikkan kadar faedah atau RBA yang semalam mengumumkan mereka menamatkan usaha mengawal keluk hasil (yield curve).

Tumpuan utama malam ini akan terarah kepada beberapa intipati utama dalam pengumuman FOMC. Yang pertama, berapakah nilai saiz permulaan program Tapering oleh FED dan berapa lamakah program Tapering akan berjalan? Berdasarkan unjuran pasaran dan kenyataan oleh Presiden FED Jerome Powell pada mesyuarat FOMC yang lepas, program Tapering dijangka diumumkan sebanyak $15-$20 bilion sebulan. Sekiranya pengumuman seperti yang dijangkakan pasaran, maka program Tapering dijangka akan tamat pada pertengahan tahun 2022. Keputusan ini dilihat sebagai keputusan Hawkish oleh pasaran. Persoalan kedua adalah apakah Powell akan bercakap mengenai kenaikan kadar faedah oleh FED? Dalam mesyuarat kali ini, unjuran ekonomi tidak akan diterbitkan sebaliknya ia hanya akan diumumkan pada mesyuarat FOMC bulan Disember (dot-plot diterbitkan pada Mac, Jun, Sept, Dis). Maka pasaran akan melihat sebarang petunjuk daripada ucapan Powell berkenaan dengan kemungkinan kenaikan kadar faedah pada tahun 2022. Buat masa ini, Powell dilihat cuba menjauhkan spekulasi kenaikan kadar faedah  dalam masa terdekat dengan menegaskan bahawa program Tapering tidak memberi kesan kepada unjuran FED di dalam kenaikan kadar. Sekiranya Powell kekal bertegas (dovish) seperti dalam kenyataan beliau sebelum ini, ia dijangka akan memberi sedikit kesan kepada USD.

Para pelabur kini mengambil sikap tunggu dan lihat di dalam pasaran, ini mengakibatkan USD agak lemah pada permulaan minggu dan dijangka kekal sehingga pengumuman FOMC. EURUSD kini didagang di sub-1.1600, ia kini didagang di sekitar 1.1580 dengan paras terendah Oktober 1.1522 menjadi support terhampir. Resistant terdekat berada di November high 1.1692 dengan pecahannya mungkin akan membenarkan EURUSD menguji paras golden ratio fibonacci retracement 61.8% di 1.1760. Dengan September high 1.1908 menjadi resistance terakhir sekiranya EURUSD terus mengukuh. EURUSD kini dilihat didagang dalam keadaan mendatar di antar 1.1500-1.1700 pada November selepas mencatatkan kejatuhan sepanjang September-Oktober dan dijangka keputusan FOMC pada awal pagi esok akan memberikan pemangkin untuk pergerakan EURUSD yang seterusnya. 

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.