AUDUSD: Bull Run atau Retracement?

AUDUSD terus mencatatkan kenaikan pada minggu ini selepas menguji paras support psikologi penting di 0.7000 pada minggu lepas. Sentimen semasa yang semakin pulih selepas impak berita varian Omricon tidak seteruk seperti yang ditakuti oleh pasaran membantu pengukuhan pasangan matawang ini.

Perhatian pasaran kini tertumpu kepada mesyuarat FOMC pada minggu hadapan untuk melihat tindakan FED yang seterusnya dalam ‘Tapering’. Buat masa sekarang, kenaikan Yield Bon US dilihat menyokong pengukuhan USD dan mungkin membendung sebarang kenaikan besar untuk AUDUSD.

AUDUSD kini mencatatkan rali sepanjang dua hari mulai Isnin dan kini didagang di atas paras 0.7100. Walaubagaimanapun, dari perspektif analisis teknikal, pergerakan ini dilihat bersifat retracement dengan paras resistance penting di 0.7172 perlu ditembusi sekiranya Bull ingin Kembali relevan. Terlebih dahulu paras fibo retracement 23.6% di 0.7124 daripada kejatuhan Oktober-Disember 2021 perlu ditembusi sebelum paras RBS di 0.7172. Paras psikologi 0.7000 kekal menjadi benteng terakhir buat masa ini. RSI14 kini kembali menaik daripada zon oversold tetapi masih lagi di dalam bias negatif di bawah 40. Manakala garis MACD signal jauh berada di bawah. Keadaan sentimen semasa mungkin akan menyokong kenaikan AUDUSD untuk jangka pendek tetapi ia dijangka bersifat sementara.

 

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.