Laporan Kewangan Alphabet Inc: Apa Yang Dijangkakan

Syarikat gergasi Wall Street, Aplhabet Inc. dijangka akan melaporkan laporan kewangan suku keempat (Q4) pada 1 Februari 2022 selepas pasaran ditutup. Alphabet Inc., syarikat yang lebih dikenali sebagai Google antara syarikat ketiga terbesar di bursa saham Dow Jones dengan nilai pasaran sebanyak $1.713 trilion di samping Apple, Microsoft, dan Amazon. Syarikat Alphabet Inc. memiliki dan mengendalikan Google, YouTube, Google Cloud (GCP), Waze, Fitbit dan banyak syarikat lain. Di mana Google, YouTube dan GCP adalah perniagaan terbesar mereka.

Alphabet Inc secara konsisten melaporkan pendapatan yang lebih baik sejak dari 4 suku yang lepas. Dengan laporan jualan (sales) dan pulangan sesaham (earning per share- EPS) yang lebih baik. Pada laporan kewangan suku ketiga pada Oktober lepas, alphabet melaporkan pendapatan sesaham EPS pada $27.99 sesaham vs $23.48 sesaham, dan hasil jualan $65.12 bilion berbanding $63.34 bilion (sumber: CNBC). Pendapatan utama Alphabet disumbangkan oleh pendapatan daripada pengiklanan di laman Youtube, perkhidmatan Google Cloud, dan Kos pemerolehan trafik (TAC).  Alphabet secara konsisten melaporkan hasil sebanyak $182 bilion pada 9 bulan pertama pada tahun 2021, peningkatan 44.4% daripada pendapatan $126 bilion yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lepas berikutan kenaikan permintaan dalam sektor pengiklanan selepas ekonomi dibuka semula dan melalui pemulihan pasca Covid-19.

Sumber: CNN Money

Pelabur kini memberi tumpuan sama ada Alphabet Inc dapat mengekalkan konsistensi dan memberikan laporan cemerlang di dalam laporan kewangan suku ke-4 ini. Laporan konsensus pasaran daripada CNN Money menjangkakan Alphabet Inc. akan mengumumkan kenaikan pulangan jualan sebanyak $72.2 bilion berbanding $65.1 bilion pada suku ketiga. Memberikan jangkaan jumlah hasil jualan untuk tahun 2021 sebanyak $254.8 bilion. Sementara itu, konsensus pulangan EPS dijangka akan diumumkan pada $27.70 sesaham, susut sedikit daripada pulangan $27.99 sesaham pada suku ketiga. Pulangan tahunan sesaham dijangkakan naik kepada $114.22 sesaham untuk sepanjang tahun 2021.

Sumber: CNN Money

Secara teknikal, Saham #Alphabet telah menyaksikan peningkatan sebanyak 69% sepanjang tahun 2021 tetapi kejatuhan bursa saham secara keseluruhannya pada bulan Januari menyebabkan harga saham #Alphabet susut hampir 15% daripada harga tertinggi $3036 dan ditutup pada 28 Januari pada harga $2583. Harga terendah #Alphabet pada tahun 2022 ialah pada $2490. Harga #Alphabet kini berada sedikit di atas paras sokongan 23.6% fib retracement mingguan dan masih berada di bawah MA-50 mingguan.  Pergerakan harga saham masih lagi agak negatif pada minggu ini dengan paras psikologi $2600 merupakan resistance terdekat manakala $2550 merupakan support terhampir untuk dagangan harian. RSI-14 telah naik dari kawasan zon oversold tetapi msih berlegar ats sedikit dari bacaan 30. Indikator MACD masih lagi berada di kawasan bawah.

klik di sini Untuk Akses Ke Kalendar Ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami.