Gergasi perisian komputer dunia, NVIDIA Corp akan mengumumkan hasil pendapatan untuk suku ke-4 tahun 2021 pada 16 Februari 2022 selepas pasaran ditutup. Laporan akan diterbitkan secara atas talian. Syarikat Nvidia ditubuhkan pada 1993 dan kini berpangkalan di California dengan nilai pasaran semasa pada $600 bilion.
Pada laporan pendapatan suku ke-3 lepas, Nvidia mencatatkan laporan yang positif dengan kadar pendapatan sebanyak $7.10 bilion, naik 9% daripada suku ke-2. Pendapatan utama disumbangkan oleh bahagian permainan (gaming), pusat data dan platform visualisasi profesional pasaran. Kadar pulangan sesaham (EPS) pula dilaporkan pada $1.09, naik dari $0.89 dari suku ke-2.
Untuk laporan pendapatan suku ke-4 pada 16 Februari, pasaran melihat Nvidia akan terus melaporkan pendapatan yang lebih sihat dan melangkaui jangkaan para penganalisis. Penganalisis pasaran, CNN Business menjangkakan syarikat melaporkan pendapatan sebanyak $7.4 bilion, naik lebih 48% berbanding suku sama pada tahun sebelumnya. Manakala EPS dijangkakan pada $1.23 berbanding $0.78 pada suku sama tahun 2020. Bahagian gaming dijangka menjadi penyumbang utama kepada pendapatan syarikat. Penumpuan syarikat-syarikat dunia dalam menggunakan penstoran atas talian (cloud system) dijangka turut membantu kepada peningkatan pendapatan syarikat. Meskipun laporan terkini mengatakan bahawa Nvidia membatalkan hasrat untuk mengambil alih syarikat cip mobil “Arm” yang dimiliki oleh SoftBank berikutan isu regulasi, ia dijangka tidak menjejaskan keyakinan pasaran terhadap Nvidia. Nvidia secara konsisten mengatasi jangkaan pasaran dalam laporan pendapatan suku tahun sejak dari tahun 2019 seperti yang dilaporkan oleh Zacks.
Saham Nvidia terus menunjukkan kenaikan positif sejak daripada tahun 2021 dan ia telah melakukan pecahan saham (stock splitting) pada Julai 2021. Saham #NVIDIA kini diniagakan di $243.28, susut dari paras tertinggi November 2021 $346. Kejatuhan saham sejak awal tahun 2022 ini disumbangkan oleh beberapa faktor termasuk kejatuhan bursa saham US, intonasi haswkish FED dan keadaan risk off di pasaran akibat isu geopolitik dan inflasi tinggi. Resistant terhampir kini berada di MA-20 di $245, diikuti resistant di $270 yang juga berhampiran dengan MA-50. Support terhampir berada di paras terendah 2022 di $209, dengan paras terendah Oktober 2020 di $195.50 adalah support seterusnya. RSI-14 masih di bawah bacaan 50 tetapi kini agak mendatar dan MACD line berada di bawah paras 0 tetapi turut mendatar.
klik di sini Untuk Akses Ke Kalendar Ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami.