Seperti dalam artikel yang diterbitkan pada hari Isnin (link disini), faktor sentimen geopolitik dan kebimbangan inflasi di Amerika Syarikat jelas mempengaruhi permintaan terhadap komoditi berharga besi kuning. XAUUSD terus mencatatkan paras tertinggi untuk tahun 2022 semalam dan terus kekal kukuh pada dagangan sesi Asia pada hari Selasa.
Meskipun Menteri Luar Russia cuba mengendurkan ketegangan Russia dengan negara barat dalam isu Ukraine dengan mangatakan bahawa Russia akan terus berdiskusi dengan negara barat lain, ia gagal memberi kelegaan kepada para pelabur sebaliknya permintaan terhadap Gold terus meningkat apabila sesi London dibuka pada hari Isnin dan beralrutan sehingga akhir sesi US.
XAUUSD mencatatkan paras tertinggi $1879, menguji paras resistant November 2021 $1877, sekiranya ia gagal bertahan, ia membuka peluang untuk Bull terus menekan harga lebih tinggi lagi dan berkemungkinan menguji paras psikologi $1900. Resistant di $1888 dijangka menjadi peluang terakhir untuk bear bertahan. Momentum keatas dapat dilihat apabila RSI-14 pada carta harian dilihat hampir menembusi paras oversold 70.
Zon support harian kini berada di sekitar $1866 diikuti zon support dia $1851. Pergerakan penurunan dijangka amat terhad jika diambil kira dengan situasi sentimen terkini. Bear perlu menekan Gold ke bawah paras $1830 untuk menguasai semula pasaran. Harus diperhatikan juga MA-200 di H1 di $1827 juga mungkin dinamik upport yang kukuh yang mungkin menjadi titik lantunan untuk Gold naik semula ke atas.
klik di sini Untuk Akses Ke Kalendar Ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami.