EURUSD Naik Dari Paras Terendah 1.0570, Tetapi Masih Dalam Tekanan Kuat

EURUSD naik sedikit selepas jatuh dari paras terendah sejak tahun 2020. Krisis geopolitik jelas memberi kesan kepada matawang EURO dan permintaan terhadap matawang safe-haven USD juga memberi tekanan kepada Euro. Kenaikan EURUSD dijangka kekal terhad dengan ketegangan geopolitik masih lagi menekan pasaran.

Meskipun spekulasi di pasaran mula kedengaran di mana ECB dijangka menaikkan kadar faedah lebih awal dari dijangkakan berikutan inflasi yang terus tinggi dan kenaikan kadar perolehan (yield) Bon Jerman. Di samping itu, kenyataan agak hawkish oleh Pengerusi FED Jerome Powell semalam juga memberi tekanan kepada EURUSD, beliau berkata kemungkinan kenaikan kadar 0.25% pada mesyuarat FOMC bulan ini adalah tinggi, di samping menegaskan FED akan terus agresif mengurangkan suntikan dana ke dalam pasaran.

Setakat ini, EURUSD didagang agak mendatar pada pagi Khamis di atas paras psikologi 1.1100. dengan MA50 H1 berada sedikit di atas berhampiran 1.1120 dan paras MA-200 jauh di atas di 1.1230. 1.1275 aalah resistant penting yang bersamaa 50% fib dari penurunan Febuari ke Mac. Ia juga merupakan kawasan penutup GAP yang terbentuk pada awal minggu. Sekiranya sentimen pasaran terus dalam keadaan sangat teruk, EURUSD dijangka menguji paras sokongan terendah 2021 di 1.1057 dengan paras psikologi utama 1.1000 menjadi sokongan penting sekiranya EURUSD terus menekan ke bawah. RSI kembali naik dari paras oversold semalam tetapi masih di bawah bacaan 50 manakala MACD singal line dan histogram juga masih di bawah paras 0.

Pergerakan EURUSD dijangka kekal dipengaruhi oleh faktor geopolitik pada hari ini dan esok merupakan hari penting di mana data NFP US akan diumumkan, volatiliti EURUSD dijangka meningkat.

klik di sini Untuk Akses Ke Kalendar Ekonomi

Tunku Ishak

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami.