EURUSD Kekal bertahan di atas paras 1.0800 pada minggu yang penuh dengan volatiliti. Sekatan demi sekatan yang dikenakan oleh negara Barat ke atas Russia terus mencetuskan kebimbangan pelabur. Meskipun Jerman mengatakan bahawa mereka tidak bercadang mengenakan sekatan perdagangan gas dengan Russia, ia tidak mampu memulihkan keyakinan para pelabur di pasaran. Malah Russia kini mengugut untuk menghentikan bekalan gas ke seluruh Eropah yang memburukkan lagi sentimen di pasaran. Penganalisis pasaran kini menjangkakan Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengambil tindakan mengekalkan fleksibiliti dalam polisi matawang pada mesyuarat bulan ini.
EURUSD kini berjaya melantun dari paras terendah pada minggu ini di 1.0805, tetapi Bull masih belum dilihat buat masa ini. Lantunan ini disifatkan hanya sementara sambil menanti satu lagi siri kejatuhan. Harus diperhatikan juga EURUSD telah menguji trendline yang terbentuk dalam carta bulanan. Pecahan support ini akan membuka ruang untuk Bear terus menguasai pasaran, paras 1.0637 yang dicatat pada Mac 2020 (akibat krisis Covid-19) akan menjadi titik ujian seterusnya. 1.0490 dan paras terendah 2017 1.0340 support penting seterusnya. Sementara itu, paras resistant terdekat berada di Fib 78.6 di 1.1033, jauh untuk mencapai paras ini. Dalam carta H1, pembentukan triangle dapat dilihat dan kini ianya menanti masa untuk pecahan, yang memberikan petunjuk arah seterusnya.
klik di sini Untuk Akses Ke Kalendar Ekonomi
Tunku Ishak
Market Analyst
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami.