Matawang Antipodean AUD & NZD Tertinggi Untuk 2022

Sekilas lalu:

  • AUD dan NZD mencatat harga tertinggi 2022
  • Powell lebih hawkish berbanding minggu lepas

Matawang antipodean akhirnya mencatatkan harga tertinggi untuk tahun 2022 pada hari Selasa di mana AUDUSD dan NZDUSD mencatatkan kenaikan memberangsangkan untuk dagangan harian. Faktor sentimen pasaran yang positif dan selera risiko pelabur jelas menyokong kenaikan matawang komoditi ini. Meskipun kenyataan terkini Pengerusi Fed Jerome Powell pada Isnin yang dilihat lebih hawkish berbanding kenyataan beliau pada siding media FOMC minggu lepas menyokong sementara pengukuhan USD, namun selera risiko pelabur jelas menguasai pasaran seiring dengan kenaikan harga di bursa US.

NZDUSD mencatatkan kenaikan ketara apabila berjaya ditutup di atas paras MA-200 daily buat kali pertama sejak Oktober 2021. Selain itu, ia juga mencatatkan paras tertinggi harian untuk 2022 di 0.6960 yang disokong oleh momentum bullish sejak minggu lepas. Zon harga Paras Fib retracement 50% daripada swing hi-lo 2021-2022 di 0.6996 dan paras psikologi 0.7000 menjadi resistant terhampir manakala paras fib 61.8% di 0.7106 akan menjadi titik penting sekiranya momentum bullish terus bertahan. Untuk pergerakan ke bawah, paras psikologi 0.6900 (juga berhampiran MA-200) adalah benteng support terdekat. Momentum RSI-14 mula menghampiri zon overbought dan pergerakan MACD histogram dan MACD line menunjukkan kecenderungan ke atas. Tiada data penting dari New Zealand pada minggu ini.

Sementara itu, AUDUSD turut mencatat paras tertinggi 2022 di 0.7464, seiring dengan NZD, AUDUSD turut menunjukkan momentum bullish yang agak kukuh yang disokong oleh sentimen positif pasaran. 0.7500 kini menjadi sasaran bull yang terdekat dan paras ini turut hampir dengan fib 50% (0.7487). AUDUSD berjaya didagang di atas MA-200 sejak Jumaat lepas dan paras MA-200 kini menjadi sokongan penting untuk penurunan diikuti kawasan confluence MA-50 dan fib 23.6% di 0.7200 – 0.7212 menjadi sokongan seterusnya. Momentum RSI-14 untuk AUDUSD juga mula menghampiri zon overbought dan pergerakan MACD histogram dan MACD line menunjukkan kecenderungan ke atas.

Apa yang menarik adalah AUD dan NZD kini mula bergerak tanpa dipengaruhi faktor geopolitik sejak minggu lepas dan ini memberi indikasi bahawa ia mula menunjukkan pergerakan ‘decoupling’ daripada sentimen Russia-Ukraine.

Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya