GER40 (DAX) Kekal Mendatar Untuk Hari Ke-4

Indeks Bursa German, GER40 diniagakan agak mendatar sejak seminggu yang lepas. Meskipun pasaran bon memberi gambaran bahawa risiko semakin meningkat, keadaan semasa pasaran ekuiti di Eropah agak positif dan terkawal. Selepas mencatatkan kejatuhan pada awal Mac berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, GER40 kembali menokok dan melantun semula ke paras lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, GER40 gagal kekal di atas paras golden ratio Fibonacci retracement 61.8% di 14,814. Ia cuba menguji tetapi Kembali ditolak dan kini didagang di 14,400. GER40 turut didagang di bawah paras resistant dinamik MA-50 harian. Untuk memastikan bull kekal relevan, GER40 perlu terus didagang di atas paras psikologi 14,000 dalam tempoh terdekat. Dengan sasaran 61.8% fibo retracement menjadi resistant penting, dan paras MA-200 merangkap fibo retracement 78.6% menjadi sasaran seterusnya di 15,393.

Pasaran kekal selektif buat masa ini dengan tumpuan masih lagi tertumpu kepada impak pencerobohan Russia ke atas pertumbuhan ekonomi Eropah dan impak terhadap laporan pendapatan Q1 syarikat-syarikat gergasi Eropah. UBS melaporkan bahawa mereka telah menyemak semula unjuran pertumbuhan global kepada 8% berbanding 10%. Selain itu, ura-ura di pasaran yang mengatakan ECB bersedia menaikkan kadar faedah untuk membendung kenaikan inflasi pada tahun ini dijangka memberi kesan terhadap permintaan dalam pasaran ekuiti Eropah. Tumpuan juga terarah kepada mesyuarat Menteri Luar G7 di Brussle, Belgium pada Khamis ini 7 April, sebarang kenyataan dijangka akan memberikan kesan kepada pergerakkan GER40.

Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya