USDIndex Tertinggi Sejak May 2020, Minit FOMC Diterbitkan Malam Ini

USDIndex mencatat paras tertinggi 2 tahun apabila mencapai paras tertinggi 99.72 pada awal pembukaan pasaran Eropah pada hari Rabu. Sentimen semalaman yang agak suram berikutan kenyataan hawkish daripada pegawai FED jelas menaikkan permintaan pasaran terhadap USD. Gabenor FED Lael Brainard berkata dengan agak hawkish bahawa “FED bersedia untuk menaikkan kadar sebanyak 50 mata dan FED bersedia untuk lebih agresif dalam polisi matawang sekiranya inflasi kekal tinggi dan unjuran inflasi juga menunjukkan trend yang sama”.  Selain itu, minit mesyuarat FOMC Mac yang akan diterbitkan pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia) juga menyebabkan para pelabur lebih berhati-hati pada dagangan hari ini, intipati daripada minit mesyuarat ini akan memberikan bayangan sama ada FED akan lebih agresif atau tidak pada mesyuarat polisi akan datang.

USDIndex kini selesa berada di sebelah atas paras 99.00 dengan pergerakan dalam salur menaik dapat dilihat pada carta harian. Ia kini melepasi paras tertinggi 2022 99.40 yang dicatatkan pada awal Mac, dan ia turut mencapai paras 99.70 yang kali terakhir dicatat pada Mei 2020. Dalam carta intraday (H1), USDIndex kini dilihat mencapai paras pivot R1 dan masih gagal melepasi paras ini. Sekiranya peningkatan terus berlaku, pivot R2 akan menjadi sasaran terhampir pada 99.93 yang juga berhampiran dengan paras psikologi penting 100.00. Pergerakan menurun akan mengaktifkan pivot point di 99.24 sebagai sokongan terhampir diikuti paras pivot S1 yang juga paras nombor bulat BRN 99.00. RSI-14 intraday melepasi paras overbought di 75 manakala MACD line juga berada di puncak buat masa ini.

Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya