Earning: Adakah Citigroup & Goldman Sachs Senasib Dengan JP Morgan?

Selepas permulaan laporan pendapatan yang lemah oleh JP Morgan, apakah nasib bank-bank utama lain? 

Syarikat gergasi perbankan utama dunia, Citigroup dan Goldman Sachs dijangka akan melaporkan laporan pendapatan suku pertama 2022 pada hari Khamis 14 April 2022 menyertai Bank of America & Wells Fargo yang melaporkan laporan pada hari sama (laporan eksklusif kami di sini), manakala JP Morgan yang melaporkan sehari awal pada 13 April. Dengan 5 bank-bank besar memulakan sesi laporan pendapatan (earnings) bagi suku pertama 2022, sebarang kejutan dalam laporan pendapatan akan memberi impak kepada pasaran saham US secara keseluruhannya.

Citigroup

Selepas laporan suku ke-4 yang kurang memuaskan, Citigroup telah menyusun semula strategi untuk tahun 2022, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jane Fraser telah melakukan penyusunan semula strategi yang agresif termasuk menutup 13 pejabat di Asia dan mengecilkan operasi di Mexico. Mereka turut merubah struktur perniagaan dalam pasaran institusi dan juga perkhidmatan keselamatan. Para penganalisis menjangkakan pertumbuhan Citigroup untuk Q1 2022 lebih rendah dari suku yang sama pada tahun 2021. Volatiliti tinggi di pasaran FX dan komoditi, kenaikan kadar faedah dan krisis Russia-Ukraine dijangka menjejaskan pendapatan Citi untuk suku ini, dengan unjuran pendapatan (revenue) sebanyak $18.2 bilion berbanding $19.3 bilion pada tahun sebelum. Sementara kadar pendapatan sesaham (earning per share EPS) diunjurkan pada $1.44 sesaham berbanding $3.62 sesaham suku sama tahun lepas. Meskipun unjuran untuk Q1 adalah rendah, Citi telah menunjukkan bahawa mereka secara konsisten memberikan laporan yang melangkaui unjuran pasaran dalam laporan 4 suku yang lepas. (Sumber gambar: CNN Business)

Saham #Citigroup (MT5) telah mencatatkan penurunan hampir 40% dari paras tertinggi $80.28 yang dicatatkan pada tahun 2021, ia kini didagang sedikit di atas $50 yang juga kawasan penting golden ratio 61.8% fibonacci retracement dari kenaikan 2020-2021. Harga semasa saham ini berada jauh di bawah MA-50 dan MA-200, menunjukkan trend menurun. #Citigroup kini turut beraa di bahagian bawah saluran penurunan harga. Sokongan setrusnya berada jauh di bawah di $42 manakala rintangan terhampir berada di 50% fib di $55.96. RSI-14 telah melepasi paras oversold dengan MACD juga berada di bawah 0.

Goldman Sachs

Seperti syarikat perbankan lain, Goldman Sachs turut dijangkakan akan menghadapi tahun 2022 yang mencabar. Selepas tahun rekod pada 2021 di mana Goldman Sachs melaporkan pendapatan dan pulangan yang tertinggi sejak krisis kewangan 2008, laporan suku pertama 2022 dijangka akan menyusut besar dibandingkan dengan suku sama 2021. Kadar pulangan sesaham EPS dijangka dilaporkan pada $8.90 sesaham, lebih 100% lebih rendah daripada EPS pada suku sama tahun lepas di $18.60.  Manakala laporan pendapatan (earning) dijangka pada $11.9 bilion berbanding 17.7 bilion pada suku sama tahun lepas dan lebih rendah dari $12.6 bilion pada suku ke-4 tahun 2020. Trend pertumbuhan lemah untuk perbankan pelaburan dan pengurusan aset dijangka memberi impak kuat kepada pendapatan Goldman Sachs. (Sumber gambar: CNN Business)

Saham #GoldmanSachs (MT5) merupakan antara saham perbankan paling mahal di Bursa saham New York. Ia kini didagang pada $319.13, jatuh 25% berbanding paras tertinggi di 2021 di $426. Saham ini kini berada berhampiran di paras sokongan daripada fibo retracement 38.2% di $314. Trend utama kekal di bawah MA-50 dan MA-200 dengan death cross telah berlaku. Rintangan terhampir berada di MA-50 di $349 diikuti fib 23.6% di $357. Manakala sokongan terhampir di 50% fib di $280 akan diaktifkan sekiranya paras psikologi $300 ditembusi. RSI-14 masih lagi berada di atas zon oversold tetapi momentum masih lagi ke bawah.

Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi kami

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Education Office Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya