Laporan Kewangan: Adakah Startegi Agresif Intel Akan Berkesan?

Seperti mana syarikat-syarikat gergasi di Bursa Saham New York yang mencatatkan pencapaian luar biasa pada tahun 2021, syarikat pengeluar cip terkemuka dunia Intel Corp turut tidak terkecuali dalam laporan kewangan 2021. Persoalan terbesar kini adakah Intel mampu mengulangi pencapaian luar biasanya untuk tahun 2022, atau ia akan bergelut seperti sesetengah syarikat lain. Intel dijadualkan menerbitkan laporan kewangan suku pertama 2022 pada 28 April selepas bursa saham New York ditutup.

Selepas CEO Intel Pat Gelsinger membentangkan hala tuju perniagaan dan pelan pengeluaran produk baru yang agresif untuk 2022, pelabur kini tertumpu untuk melihat Intel meneruskan rancangan mereka walaupun dunia kini menghadapi masalah utama dalam rantaian bekalan. Pada tahun 2022 sahaja, Intel telah mengumumkan mereka membuat tawaran membeli syarikat Tower semikonduktor dari Israel, dan juga pelan membina infrastruktur pengeluaran di Ohio dan Arizona. Intel juga melengkapkan penjualan perniagaan NAND dan SSD kepada Syarikat Korea Selatan Hynix. Dengan pendapatan utama Intel berasaskan kepada pengguna dalam segmen ‘client computing group’ (CCG), para pelabur sedikit bimbang dengan isu rantaian bekalan yang akan memberikan hasil jualan yang lebih rendah dari segmen ini. (50% pendapatan Intel adalah daripada sektor CCG) Tambahan dengan kemungkinan kehilangan pendapatan berikutan Intel mengumumkan mereka telah keluar dari pasaran Russia selepas krisis Russia-Ukraine meletus. Para penganalisis mengunjurkan pendapatan Intel pada suku pertama 2022 di $18.3 bilion, susut kira-kira 2% berbanding suku sama tahun lepas di $18.6 bilion. Sementara itu kadar pulangan sesaham (EPS) dijangka rendah pada $0.78 sesaham berbanding $1.39 pada suku pertama 2021. Penurunan lebih 40%.

Saham Intel (MT5 #intel) menunjukkan trend penurunan ketara pada tahun 2022. Selepas mencapai paras tertinggi di $56.16, saham #intel menyusut lebih 22% mencapai paras terendah $43.52 pada awal Mac 2022 di ketika Bursa Saham US mengalami kejatuhan besar sebelum melantun semula. Bagaimanapun, tindakan polisi agresif dan inflasi tinggi terus menekan sektor saham, dan saham #intel terus didagang rendah dan diniagakan pada $45.52 pada akhir dagangan 27 April. Harga kini berada jauh di bawah MA-50 dan MA-200 harian. MACD signal line berada di bawah 0, Walaubagaimanapun, RSI-14 masih agak jauh dari paras oversold tetapi masih dalam momentum menurun yang agak kuat.

Klik di sini untuk mengakses Kalendar Ekonomi 

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Education Office Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya