EURUSD Stabil Di Atas Paras 1.12000

EURUSD kekal stabil di atas paras 1.1200 pada sesi dagangan hari ini. Pasangan tersebut mengalami kejatuhan semalaman berikutan kebimbangan pasaran mengenai isu perang dagang US/China dan kini kembali stabil selepas Presiden Trump memberikan tweet yang agak positif di awal sesi Asia. Data Inflasi German untuk bulan April yang positif turut memberikan sokongan kepada EUR/USD. Data sentiment ZEW German akan menjadi tumpuan pada hari ini, manakala tiada data ekonomi yang penting dari US.

Dari sudut carta H1, pergerakan pasaran agak mendatar (sideway) dan dijangka akan berterusan untuk satu jangka masa pendek. Paras harga 1.12635 adalah resistant yang kukuh manakala paras 1.12814 adalah support yang kukuh. Sebarang pecahan dari support dan resistant ini akan mengaktifkan pergerakan yang besar sama ada ke atas atau ke bawah. 1H 50 Moving Averages juga berada di harga 1.12430 dan terletak di antara candle yang menunjukkan kemungkinan mendatar. Manakala 1H 200 Moving Averages berada di paras lebih bawah di paras 1.12040. Buat masa sekarang, pasaran mendatar dijangkakan berikutan sentiment pasaran yang kembali tenang.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Centre Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.