Tinjauan Pasaran Bulanan – May

Klik di butang bawah untuk Salinan PERCUMA tinjuan pasaran bulanan untuk bulan May 2019 dan dapatkan komen mengenai isu-isu penting dan data penting untuk bulan akan datang.

MATAWANG

Dollar: Dollar memulakan bulan ini dengan agak lemah tetapi kini mengukuh selepas data ekonomi yang menyokong pandangan positif ekonomi US dan data sektor pekerjaan terus kukuh. EURUSD kekal rendah pada April tetapi tidak serendah Mac, ditutup hampir ke paras 1.11 pada penghujung bulan. Fed terus memberikan isyarat “tunggu dan lihat” dalam mesyuarat minggu ini dan mengatakan penurunan data inflasi hanya “sementara”, bermaksud tiada kes untuk kenaikan atau penurunan kadar faedah. Selepas mesyuarat FOMC, NFP dikeluarkan pada 3hb, data PPI pada 9hb, Retail Sales pada 15hb, minit FOMC pada 15hb dan ditutup dengan data “preliminary” GDP pada 30hb.

Euro: Perkembangan di zon Euro terus kurang positif daripada diharapkan  dimana ECB mengakui bahawa jangkaan ekonomi zon Euro lebih rendah dan bersedia menawarkan TLTRO untuk mengatasi masalah ini, meskipun factor ini disbebakan oleh isu antarabangsa. Tiada perkembangan baru untuk Brexit, walaupun EU telah bersedia dengan kemungkinan No-deal Brexit. Euro akan melalui bulan tanpa mesyuarat polisi tetapi penuh dengan peristiwa politik, dari isu rundingan Brexit ke pilihanraya Parlimen Eropah pada 25-26 May. 2019Q1 GDP akan diumumkan pada 15 May.

Sterling: Sterling meneruskan trend ke atas untuk bulan April berikutan pasaran telah dimaklumkan mengenai penangguhan Brexit ke bulan Oktober. Kerajaan UK kini berunding dengan parti pembangkang untuk mendapatkan konsesus dan persetujuan meskipun perkembangannya agak perlahan. Mesyuarat BOE seterusnya pada 2 Mei dengan keputusan dijangka bergantung kepada Brexit dan data awal GDP dijangka pada 10 Mei.

Yen: Matawang Yen didagang rendah berbanding Dollar sepanjang April di paras 111.50 tetapi masih gagal melangkaui 112.00. Data dagangan lebih lemah dari jangkaan, di mana ketegangan dagangan antarabangsa menjadi factor utama. Data inflasi kekal stabil tetapi data retail sales menurun. Data GDP 2019Q1 dijangka diterbitkan pada 20 Mei manakala Trade Balance pada 22 Mei.

Aussie: Matawang Aussie didagang lemah pada bulan April walaupun data trade balance lebih baik, sektor buruh yang positif dan retail sales yang positif. Sektor perumahan yang semakin meruncing dan data inflasi yang lemah terus menekan AUD. Mesyuarat RBA pada 10 Meo menjadi tumpuan, data employment pada 15hb dan pilihan raya pada 18hb menjadi acara tumpuan.

Loonie: Loonie kekal lemah berbanding dollar pda bulan April, menyusut 3 bulan berturut-turut selepas kenaikan besar pada Januari. Data sektor pekerjaan yang lemah tetapi data inflasi yang baik membuatkan BOC berdepan tugas sukar untuk mempertimbangkan polisi seterusnya. Trade balance dan data Employment akan diterbitkan pada 7hb dan 10hbMay, manakala mesyuarat polisi BOC akan diadakan pada 29 May.

Emerging: Ruble didagang di bawah paras 65 berbanding Dollar, dan kekal mendatar walaupun perbezaan kadar interest yang ketara. ZAR menyusut selepas kenaikan pada awal bulan disebabkan oleh ketidaktentuan perkembangan ekonomi dan pilihanraya pada 8 May. Turkish Lira turut senada, dimana USDTRY mencecah paras tertinggi dalam 6 bulan pada paras 5.95. Sebaliknya, Mexican Peso mengukuh kuat di mana USDMXN bergerak ke bawah dari 19.35 ke paras 18.95.

KOMODITI

Gold: Gold mencecah paras tinggi $1311 pada April 10 tetapi kemudian menyusut ke paras penting support di $1285, dan pernah mencecah paras terendah $1266 sebelum mengukuh kembali. Sentimen “risk on” di pasaran saham, laporan kewangan Q1 yang kukuh dan ketegangan perang dagang membolehkan penyusutan Gold pada bulan April. Support kini berada di kawasan $1265-55. Perubahan polisi Bank Pusat turut memberi support kepada Gold dari menyusut.

Silver: Harga Silver turut menyusut pada bulan April dan melengkapan penurnan dari paras tertinggi Febuari $16.16 ke paras terendah pada bulan April 14.75. Kelemahan data PMI mengurangkan permintaan industry terhadap Silver dan mungkin menurut jejak Gold ke para lebih rendah. Walaubagaimanapun, ia mungkin menokok kembali sekiranya ketidaktentuan pasaran global kembali reda.

Oil: Oil meneruskan trend kenaikan di bulan April selepas kenaikan berterusan selama 4 bulan, ditutup pada $63.50 selepas mencecah paras tertinggi pada $66.50. Harga masih lagi volatile di mana permintaan dan penawaran masih lagi belum stabil. Inventori minyak US terus menyusut setiap minggu. Situasi di Libya dan krisis di Venezuela membantu menyokong kenaikan harga minyak. Tindakan US mengenakan sekatan ke atas import minyak Iran  akan menjadi tumpuan pada bulan mendatang

INDEKS

US: Pasaran indeks US (USA30, USA100, dan USA500) bergerak positif pada bulan April dan mencecah paras tertinggi. Walaupun ketegangan perang dagang, intonasi rundingan semakin positif dan laporan Q1 “Earning” secara keseluruhannya lukuh dan lebih baik dari jangkaan. Pengurangkan dalam keuntungan korporat tidak terlalu rendah walaupun perkembangan pasaran agak perlahan. Sikap tunggu dan lihat oleh FED membantu menmbahkan keyakinan pasaran, dan komen “dovish” serta pengangguhan kenaikan kadar faedah memberi impak yang baik kepada ekonomi. Kenaikan luar dugaan dalam Q4 GDP kepada 2.6% berbanding anggaran 2.2% menunjukkan ekonomi US masih lagi kukuh walaupun pertumbuhan lebih rendah dari Q3 yang sebanyak 3.4%. Data Q1 pada 30 May akan menjadi penentu perkembangan ekonomi.

Eropah: Pasaran saham di benua Eropah bergerak seiring dengan pasaran US di mana GER30 dan FRA40 terus mengukuh, walaupun data ekonomi agak bercampur-campur. UK100 turut menokok pada bulan April seiring kenaikan Sterling dan penangguhan Brexit. Perkembangan terkini menunjukkan pasaran UK tidak begitu terkesan dengan ketidaktentuan Brexit.

Japan: JPY225 bergerak bertentangan berbanding Yen dan meneruskan kenaikannya, seiring dengan pasaran Eropah dan US. Ekonomi Japan agak merudum pada bulan lepas, walaubagaimanapun secara keseluruhannya pandangan ekonomi masih lagi positif di mana kadar inflasi masih lagi di atas paras kosong. Perkembangan perbelenjaan serta sektor pinjaman kekal positif. Dari sudut keseluruhan, ketegangan perang dagan yang semakin reda menyumbang kepada kenaikan ini.

PILIHAN SAHAM BULAN INI – NETFLIX

Syarikat peneraju “media streaming”, Netflix melaporkan pendapatan melebihi anggaran pasaran, tetapi melaporkan kemungkinan pelanggan baru akan berkurangan. Sehubungan itu, saham syarikat ini menyusut 9% beberapa jam selepas penerbitan laporan Q1. CEO Reed Hastings berkata bahawa kenaikan harga US menyumbang kepada masalah tersebut, beliau turut berkata mereka tidak gusar dengan persaingan dalam servis “streaming” ini, ia cukup besar untuk menampung syarikat “streaming” lain seperti Disney+, Apple TV+ dan Netflix.

Netflix menyasarkan 5 juta pelanggan baru berbanding anggaran 5.4 juta, kenaikan harga langganan dijangka menambah pendapatan mereka. Platfom Disney+ dijangka mendapat manfaat berikutan harganya yang rendah $7 sebulan berbanding Netflix, meskipun pasaran tidak pasti adakah mereka akan untung dengan kadar serendah itu. Bulan Mei dijangka menarik untuk Netflix, dimana saham kini didagang pada 132 P/E ratio, masih lagi dalam trend menurun seja Disember 2015, 402 P/E ratio adalah harga tertinggi pernah dicatatkan. Persoalan kini adalah sama ada Disney+ adalah ancaman besar dan adakah hasil P/E ratio akan menyusut.

KRIPTO

Bitcoin ditutup pada paras $5500, selepas “breakout” pada awal April. April 2 dan 3 menokok berikutan kenaikan pada hari “April Fool’s” selepas pembelian besar di tiga platfom utama. Harga telah memecahkan paras 200-day moving average untuk kali pertama dalam 11 bulan pada 18 April dan masih kekal kukuh diikuti pras $5000. Ethereum turut menjejak kenaikan Bitcoin tetapi kembali menurun pada akhir bulan dan ditutup di $160.00. Ripple’s tidak banyak berubah berbanding Bitcoin, naik ke $0.3069, berbanding $0.3043.

Stuart Cowell

Head Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.