AUDUSD Kekal Dalam Keadaan Tertekan

AUDUSD membuka pasaran pada hari Isnin dengan kenaikan sebanyak 50 pips, berikutan kemenangan Parti Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Scott Morrison pada hari Sabtu Lepas. Walaubagaimanapun, paras harga tertinggi pada Isnin kekal di paras resistance yang kukuh 0.69330 dan masih gagal dipecahkan. Pasaran global kembali tegang berikutan isu syarikat Huawei, dimana Google mengumumkan mereka tidak akan membekalkan perisian Android kepada Huawei berkuatkuasa serta merta. Pasaran saham Eropah dan US menunjukkan para pelabur agak risau dengan keadaan ini. Sekiranya keadaan ini berterusan, AUD akan tertekan berikutan cirinya sebagai matawang komoditi yang terkesan dengan sentiment “risk off” atau panik.

Dari sudut teknikal,  0.6933 kekal paras resistance yang kukuh diikuti paras harga  0.6944 yang juga merupakan harga bagi 1H 200 Moving Averages. Manakala support yang kukuh adalah pada 0.6895 seiring dengan 1H 50 Moving Averages dan paras terendah untuk 2019 pada harga 0.6843. Price action menunjukkan penjual masih lagi menguasai pasaran dan tekanan adalah ke bawah.

Sentimen pasaran yang masih tidak tentu memberikan tekanan kepada matawang AUD dan dijangka perkara ini akan berlarutan sehingga mesyuarat G20 pada bulan hadapan. Sebarang berita positif mengenai isu perang dagang antara US/China akan memberi sokongan kepada matawang AUD.

 

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst, HF Educational Centre Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.