Perkara Menarik Untuk Minggu Hadapan

Tatkala pasaran semakin optimis bahawa ekonomi US kembali berkembang dan kebimbangan kemerosotan ekonomi global semakin berkurang. Isu perang dagang kembali menghantui dan menimbulkan ketidak tentuan dalam pasaran. Isu perang dagang akan menjadi tumpuan penting di samping pilihanraya parlimen Eropah. Hari Khamis adalah hari yang sarat dengan data dengan penerbitan data European PMI dan German IFO survey.

 

Selasa – 21 May 2019

  • Monetary Policy Meeting Minutes (AUD, GMT 01:30)– RBA akan memberikan penerangan lebih terperinci mengenai ekonomi dalam minit ini. Dalam rumusan mesyuarat awal bulan, RBA menekankan bahawa ekonomi mungkin sedikit menguncup, tetapi tidak memotong kadar faedah.
  • Inflation Report Hearings (GBP, GMT N/A)– Gabenor BOE dan ahli MPC akan memberi keterangan mengenai inflasi dan perkembangan ekonomi di hadapan ahli jawatankuasa “Parliament Treasury Committee”.
  • Retail Sales (NZD, GMT 22:45)– Data Retail Sales dijangka merosot ke 0.0% untuk suku pertama 2019, dari data sebelum 1.7% q/q.

Rabu – 22 May 2019

  • Consumer Price Index (GBP, GMT 08:30) –Data inflasi dijangka meningkat pada bulan April, dengan inflasi keseluruhan dijangka diterbitkan pada 2.1%y/y, berbanding 1.9% y/y pada bulan lepas.
  • Retail Sales and Core (CAD, GMT 12:30) –Jualan retail Kanada dijangka menyusut kepada 0.4% m/m untuk Mac berbanding 0.8% m/m pada Febuari.
  • FOMC Meeting Minutes (USD, GMT 18:00)minit FOMC akan memberikan penerangan terperinci mengenai pandangan setiap Gabenor Fed dan ahli FOMC, dan memberi informasi mengenai perspektif mereka dalam ekonomi US. FOMC tidak merubah sebarang polisi pada awal bulan, dan menekankan pertumbuhan adalah kukuh tetapi sedikit rendah dalam bacaan inflasi, Gabenor Powell menegaskan bahawa kelemahan inflasi adalah sementara atau “transitory”.

Thursday – 23 May 2019

  • Gross Domestic Product (EUR, GMT 06:00) – Data awal German Q1 dijangka tidak berubah pada kadar tahunan 0.6%, dan di 0.4% berbanding 1.1% pada suku tahun lepas.
  • Services and Manufacturing PMI (EUR, GMT 08:00) –Preliminary Manufacturing and Composite PMIs dijangka kukuh pada bulan May, masing-masing pada paras 48.2 dan 51.8 manakala Services PMI dijangka diumumkan pada paras 53.
  • German IFO (EUR, GMT 08:00)– German IFO business confidence dijagkan kekal kukuh pada 99.2, selepas kejatuhan luar jangkaan pada bulan April ke paras 99.2 berbanding Mac pada paras 99.7.
  • European Parliamentary Elections – Hari Pertama

Jumaat – 24 May 2019

  • Retail Sales and Core (GBP, GMT 08:30) –Selepas kenaikan pada bulan Mac, Retail Sales dijangka menyusut ke paras -0.4% m/m daripada 1.1% m/m.
  • Durable Goods (USD, GMT 12:30)– Durable goods orders telah diumumkan pada paras -1.8% di bulan April, menyusut berbanding 2.7% pada Mac. Transportation orders dijangka pada -7.2%. Order Boeing dijangka susut kepada 28 daripada paras terendah sebelum ini  sebanyak 44 di bulan Mac. Ini disebabkan oleh isu Boeing 737 Max yang menyebabkan para pembeli mengangguhkan pembelian meereka. Sektor vehicle assemblies dijangka kekal sebanyak 10.8 mln seperti bulan Mac.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Andria Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.