Berita Pasaran & Data Penting

Berita FX Hari Ini

  • Sentimen pasaran saham kembali stabil ketika sesi Asia dan pembelian pada harga murah membantu pasaran saham China pulih sedikit.
  • Australia Dollar kekal positif dimana para pelabur mula mencari posisi menarik untuk dagangan berikutan kemungkkinan “rate cut” dari RBA.
  • Presiden Trump mengatakan beliau berharap perjanjian dangan akan terjadi, walaupun ia jelasa bahawa masih terlalu jauh untuk mendapatkan persetujuan Bersama semua pihak dan ini kekal membuatkan pasaran agak “volatile”.
  • Di Eropah, para pelabur masih bimbang terhadap isu politik di U.K., yang menimbulkan keresahan kemungkinan “no-deal Brexit”, dan kesan sampingan daripada pilihanraya parlimen Eropah.
  • Penambahan perbezaan spread (widening of spreads)clearly jelas menarik perhatian ahli ECB, dimana sekali lagi menegaskan usaha untuk perkongsian risiko bersama, Eurobond, dan “Eurozone wide deposit insurance”.
  • Harga minyak mentah “USOil” naik sedikit dari paras terendahdan kini didagang di paras $58.65 per barel, pasaran hadapan WTI dijangka mengalami kerugian yang tinggi.

Carta Hari Ini

Sudut Teknikal

  • EURUSDmelonjak dari paras terendah dalam 2 tahun menghampiri paras 1.1200 ketika pasaran Eropah dibuka. Trend low Euro yang terbaru, seiring dengan data ekonomi US yang kurang baik menyebabkan aktiviti  “ short covering” dan melonjak semalaman di mana EURUSD mencecah paras 1.1187. Dengan kuantiti yang tinggi dalam aktiviti “shorts squeezed”, pasangan matawang ini dijangka mendatar (consolidative phase) mengejlang penghujung minggu.
  • XAUUSDdidagang di paras tertinggi dalam 1 minggu di atas $1,287 semalam dan hari ini kekal di atas paras $1,282 walaupun terdapat sedikit tekanan jualan. Pembelian berikutan safe haven merupakan pendorong utama di mana pasaran global didagang rugi (merah) disebabkan kebimbangan mengenai perang dagang. Kelemah mengejut USD turut menyumbangkan pengukuhan harga eas. Resistance yang kukuh adalah di paras psikologi penting $1,300.

Data Penting Hari Ini

  • Retail Sales and Core (GBP, GMT 08:30) – Retail Sales dijangka rendah hari ini selepas kenaikan pada bulan mac di paras -0.4% m/m dari 1.1% m/m.
  • Durable Goods (USD, GMT 12:30) – Durable goods orders dijangka diterbitkan pada -1.8% untuk bulan April, setelah kenaikan 2.7% pada bulan March. Transportation orders dijangka pada -7.2%. Boeing orders dijangka berkurang ke 28 berbanding paras terendah sebelum ini 44 di bulan Mac, manakala vehicle assemblies kekal stabil sebanyak 10.8 juta unit pada bulan Mac.

Paras Support dan Resistance

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Andria Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.