Pound Sterling terus mengalami kejatuhan berikutan sentimen negatif yang terus menghantui United Kingdom. GBP terus tertekan pada minggu ini selepas US Dollar kembali stabil di pasaran. Kenyataan yang agak keras mengenai rundingan Brexit dengan kesatuan Eropah daripada calon ketua parti Konservatif Boris Johnson dan Jeremy Hunt turut memberikan tekanan kepada GBP. Mereka mengatakan bahawa is “Northern Irish backstop” harus dikeluarkan atau UK akan mempertimbangkan dengan serius untuk melaksanakan “no-deal Brexit”.
Tarikh 23 Julai 2019 akan menjadi penentu sama ada Boris atau Jeremy akan menggantikan Theresa May sebagai Perdana Menteri. Sekiranya Boris memenangi pemilihan ketua konservatif yang baru, pasaran melihat ianya sesuatu yang kurang baik untuk sentimen GBP. Ini kerana pendekatan Boris yang agak agresif dalam isu Brexit. Terdapat juga ura-ura mengatakan pilihanraya UK yang baru akan diadakan sebelum bulan Oktober.
GBPUSD kini didagang di paras terendah lebih setahun dan di bawah 1.2400 dan EURGBP kini didagang di atas paras 0.9000. Ia mencatatkan kejatuhan sebanyak -1.29% (GBPUSD) dan -0.90% (EURGBP).
Kebimbangan mengenai isu politik dan Brexit menyebabkan GBP langsung tidak memberikan sebarang reaksi terhadap data-data ekonomi yang penting. Data sektor pekerjaan yang positif pada hari Selasa dan data inflasi (CPI) yang menepati ramalan gagal membendung kejatuhan GBP. Penganalisa utama pasaran turut menilai semula pandangan mereka dalam matawang GBP. Pandangan mereka kini lebih tertumpu kepada kelemahan GBP untuk jangka pendek sehinagga isu Brexit dapat diselesaikan.
Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.