Hala Tuju Euro Menjelang Mesyuarat ECB

Menjelang mesyuarat European Central Bank (ECB) pada hari Khamis. Pasaran menjangkakan tiada perubahan pada kadar faedah untuk Eurozone. Tetapi kemungkinan adalah tinggi untuk ECB merubah nada intonasi mereka dalam ulasan mereka kepada umum. Presiden Draghi dijangka akan turut memberikan pandangan yang ‘dovish’ di dalam sesi sidang akhbar mereka.

Tumpuan utama adalah kepada pergerakan harga EURUSD untuk minggu ini, pergerakan pasangan matawang ini dijangka tidak banyak berubah menjelang mesyuarat ECB. Turut menjadi perhatian adalah bagaimana ECB melaksanakan polisi mereka seminggu sebelum mesyuarat FOMC pada minggu hadapan. Dengan jangkaan pasaran, FED dijangka memotong kadar faedah mereka buat pertama kali selepas kemelesetan pada 2008. Ini memberikan ruang ECB untuk melemahkan matawang EURO terlebih dahulu.

EURUSD kini masih lagi berlegar di paras 1.1220, berhampiran paras terndah minggu lepas. Dengan Support Downtrend Channel Trendline sedikit di bawah. Manakala Support yang kukuh berada di 1.1184, serta harga terendah tahun 2019 pada 1.1108. Sebarang kenaikan perlu menembusi paras resistant di 1.1280 diikuti resistant yang kukuh di 1.1340. Haru diingatkan bahawa 50 MA (H4) dan 200 MA (H4) turut berada di atas paras harga terkini. Sebarang kenaikan adalah agak sukar kerana perlu melepasi zon-zon resistant yang kukuh.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.