Berita Pasaran & Data Penting: Pembukaan Pasaran Eropah

5 Berita Menarik Untuk Sesi Pasaran Eropah

Menjelang pembukaan pasaran Eropah, berikut adalah ringkasan perkara penting yang anda perlu tahu untuk hari ini Rabu 24 Julai 2019.

  1. EUR terus tertekan, EURUSD kini di bawah 1.1150 berikutan para pelabur mengambil kira kemungkinan ECB memberikan intonasi ‘dovish ‘ pada mesyuarat polisi esok.
  2. GBP tidak banyak berubah, Boris Johnson diumumkan sebagai Perdana Menteri, tumpuan terarah kepada siapa dilantik dalam kabinet beliau pada hari ini, dan esok Johnson akan berucap di parliment. Pergerakan GBP bergantung kepada intonasi Johnson.
  3. AUD kekal lemah, data ekonomi PMI dan housing agak negatif. Intonasi dovish dari RBA turut memberi tekanan kepada AUD.
  4. Isu Geopolitik memberi impak kepada USOil, para pelabur masih mengambil langkah tunggu dan lihat dalam tindak balas US ke  atas Iran. sebarang ketegangan akan menaikkan harga minyak. Manakala Gold bergerak dalam lingkungan $1415-$1430, pergerakan lebih dipengaruhi oleh pengukuhan USD.
  5. Data menarik hari ini: EURO PMI, US PMI.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

 

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.